happy Menjadi Rakan Utama kepada KAFA dengan Perjanjian Penajaan Pasukan The Red Warriors
Kota Bharu, 23 Januari 2011 - Dalam usaha untuk bersama-sama membangunkan sukan bola sepak di negeri Kelantan,
happy satu-satunya jenama prabayar yang menawarkan kadar rata yang terendah di Pantai Timur, telah menjadi rakan utama kepada Pasukan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) dengan kontrak penajaan pasukan The Red Warriors bersama program pembangunan bola sepak di kalangan remaja.
Perjanjian antra kedua belah pihak telah dimeterai dalam satu majlis menandatangani perjanjian kerjasama yang diadakan di Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu hari ini.
happy diwakili oleh Roslan Rosli, Pengurus Besar happy manakala KAFA diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Tuan Haji Mohd Nordin Awang, dengan disaksikan oleh YBhg Tan Sri Daro' Seri Annuar Hj Musa selaku Presiden KAFA. Penajaan elit ini meliputi kesemua perlawanan pasukan The Red Warriors di dalam Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia, Piala Presiden, Piala FAM dan Piala Sumbangsih.
Menurut Roslan, "
happy amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan KAFA, serta pasukan The Red Warriors, sekaligus dapat bersama-sama meningkatkan prestasi sukan bola sepak di negara ini khususnya bagi pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang yang telah menjuarai Piala Malaysia musim lalu. Di bawah perjanjian ini juga,
happy akan bekerjasama dengan KAFA untuk membawa kemeriahan bola sepak melalui pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang tahun kepada masyarakat negeri ini.
"Pembabitan happy juga dianggap berbeza dari sekadar menaja pasukan elit kerna ia turut membabitkan pembangunan bola sepak di kalangan remaja. Ia termasuklah aktiviti mencungkil dan mengasah bakat untuk menjadikan mereka sebagai pemain profesional, secara tidak langsung ia memastikan pembangunan bola sepak dapat dilaksanakan ke seluruh pelusuk negeri ini. Pelaksanaan pelbagai aktiviti ini, diharap akan menjadi inspirasi atau pencetus kepada golongan muda untuk bergiat aktif dalam sukan bola sepak," kata Roslan lagi.
Tan Sri Dato' Seri Annuar turut berkata, "Kami amat berbangga apabila pasukan bola sepak bagi setiap negeri di Malaysia kini diberi kebebasan untuk mendapatkan penajaan. Justeru itu kami sungguh teruja dengan kerjasama dengan
happy, sekali gus membawa keghairahan bola sepak Kelantan untuk lebih rapat kepada masyarakat negeri ini yang tidak pernah jemu memberi sokongan padu kepada pasukan The Red Warriors. Malah, kami yakin kerjasama ini kelak dapat membantu KAFA membangunkan sukan bola sepak di negeri ini serta mencungkil bakat-bakat baru di kalangan generasi muda untuk memperkasakan lagi pasukan The Red Warriors."
Jersi baru pasukan bola sepak Kelantan turut diperkenalkan dengan penjenamaan
happy dengan logo tertera di bahagian hadapan.
Antara aktiviti dan promosi yang akan diadakan termasuklah penganjuran fiesta bola sepak bersama KAFA, siaran perlawanan terpilih menerusi skrin gergasi bagi peminat di lokasi-lokasi tertentu, kandungan interaktif ke telefon bimbit pelanggan seperti jadual waktu perlawanan dan berita terkini pasukan, serta pelbagai kandungan yang boleh dimuat turun termasuk nada dering pemanggil, nada dering dan gambar-gambar penghias latar belakang skrin.
happy juga akan memperkenalkan Pek Sim Terhad KAFA/The Red Warriors untuk para penyokong setia negeri Kelantan.
Ikuti rakaman majlis menandatangani perjanjian di pautan
http://www.ustream.tv/recorded/12188569 yang disediakan oleh TRW TV.
Berita ini dipetik : http://trwfmradio.blogspot.com/