Jamal Nasir anggap arahan main petang boleh jejas momentum, minat bola sepak
"MUSTAHIL segala masalah dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan atau dua bulan, tambahan pula apabila persatuan bola sepak negeri terpaksa bergantung harap dengan bantuan pihak lain!"
Itu pendapat bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Jamal Nasir Rasdi mengenai tindakan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) yang mengeluarkan arahan mengadakan perlawanan pada sebelah petang kepada pasukan yang gagal menyediakan venue mengikut piawan yang ditetapkan oleh FAM,Lapor Berita Harian semalam.
Jamal Nasir juga berpendapat adalah tidak munasabah apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi arahan dalam tempoh lebih kurang 3 minggu untuk membaiki veneu pasukan masing-masing.
Sebelum ini, 9 buah stadium yang bakal digunapakai bagi Liga Malaysia 2011 telah diberi amaran keras oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan perlu diperbaiki antara 15 hari hingga seminggu sebelum perlawanan awal.
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Kuala Terengganu), Stadium Sultan Muhammed IV (Kota Bharu) dan Stadium Larkin (Johor Baru) mempunyai keadaan padang yang tidak sesuai untuk bermain serta lampu limpah yang malap.
Venues lain - Stadium Perak (Ipoh ), Stadium Likas (Kota Kinabalu), Stadium Selayang, Stadium JCorp (Pasir Gudang), Stadium MBPJ (Kelana Jaya) dan Stadium Sarawak (Kuching) lampu limpah yang tidak memenuhi syarat.
Semua venue ini didapati rosak, botak, berumput tidak sejenis, tidak rata dan berlopak, selain tidak memiliki tahap pencahayaan lampu sehingga 800 lux untuk dilangsungkan perlawanan yang bermula pukul 8.45 malam.
Sebelum ini,Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan dari 19 hingga 21 Disember lalu, kesemua gelanggang itu masih gagal memenuhi piawaian yang ditetapkan iaitu 800 lux.
Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, sekiranya gelanggang-gelanggang terbabit masih gagal memperbaikki keadaan menjelang tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 14 Januari ini, perlawanan pertama mereka di gelanggang sendiri terpaksa diadakan pada sebelah petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan