Credit Foto:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=172546779450489&set=a.171580216213812.32708.165876240117543
KOTA BARU: Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 21, yang membantu Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini dianugerahkan sebuah rumah oleh kerajaan Kelantan bagi mengenang jasa dan pengorbanan penjaga gol itu,lapor Mstar Online hari ini.
Pemberian rumah itu diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas majlis meraikan Khairul Fahmi oleh penduduk Kampung Cherang Ruku di sini, hari ini.
"Sebagai mengenang budi dan menghargai jasa anak muda kita yang berbakti melalui sukan bola sepak membantu negara menjulang piala, maka pihak kerajaan negeri memutuskan menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi. kata Nik Aziz.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan kerajaan (NGO) Negeri Kelantan Abdul Fattah Mahmood yang juga AJK dilantik Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi musim 2011.
Khairul Fahmi yang bertindak sebagai penjaga gol skuad Kebangsaan,mula digelar sebagai wira negara apabila bertindak cemerlang dalam aksi Piala AFF dan membantu skuad kebangsaan bergelar juara,sekaligus menamatkan kemarau 14 tahun piala tersebut.
"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK Ado "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan