By:Kelantanfc
Grafik:Anazs dan Kelantanfc
Semalam,Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),mengumumkan keputusan mengekalkan hukuman gantung 6 bulan dan denda RM2000 terhadap bekas jurulatih kebangsaan itu.Hukumam tersebut akan bermula pada 23 januari dan akan tamat pada 24 julai tahun ini.
Ekoran keputusan itu,Kelantan kini dikatakan sedang berusaha mendapatkan khidmat Azrai Khor Abdullah bagi menggantikan B.Sathianathan .
Ekoran keputusan itu,Kelantan kini dikatakan sedang berusaha mendapatkan khidmat Azrai Khor Abdullah bagi menggantikan B.Sathianathan .
Namun,kemelut antara Azrai Khor Abdullah dengan FAM yang masih belum selesai mungkin membantut usaha pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk medapatkan khidmat beliau.
Sebelum ini,Azrai Khor Abdullah yang "direhatkan" oleh FAM daripada melatih Skuad Harimau Muda A kerana gagal menyerlah sewaktu dihantar ke Slovakia terpaksa menolak tawaran sebagai jurulatih dalam dan luar negara kerana masih terikat dengan kontrak FAM sehingga hujung tahun ini.
KAFA akan mengadakan sidang media hari ini,di pejabat SUK Kelantan 12.00 tengahari nanti.
"Gomo Kelate Gomo..Gomo Belako Hok Ado"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan