Anda boleh mendapatkan embed radio MY FM di sini, utk diletakkan di blog masing-masing

DIARI TRW


PELANCARAN RED WARRIORS HAPPY SPECIAL PREPAID PACK DAN COLLECTABLES
6 APRIL 2011 l 2 PETANG l KB MALL

MINI KARNIVAL HAPPY DAN PEMILIHAN PELATIH ARMY

SABTU l 9 APRIL 2011 l KOTA BHARU



Ahad, 2 Januari 2011

Keluhan Seorang Presiden…



SAYA dapati pasukan kita belum mantap. Saya sedih akibat perbuatan tiga bekas pemain yang tidak bertanggungjawab dan mementing diri. Membina pasukan tidak semudah seperti setengah orang sangka. Ketiadaan tiga pemain daripada kesebelasan utama menjejaskan aksi TRW pada musim ini, kita tidak cukup kuat. Semuanya kerana wang; Negeri Sembilan, Selangor, T. Team, Felda, Terengganu dan Kedah bertuah kerana mendapat penaja dan bantuan kerajaan negeri.

Biar saya berterus terang dengan penyokong TRW.

Kita bakal runtuh kerana ketiadaan dana dan sokoingan. Saya sedih ramai yang memuja dan menyanjung tetapi tiada yang tampil membantu. Setakat ini hanya ada tiga penaja dengan jumlah penajaan RM200K setiap satu.

Sasaran untuk mencari RM4 juta dalam bentuk penajaan tidak kesampaian. Di mana anak Kelantan? Di mana tokoh-tokoh korporat Kelantan. Di mana syarikat-syarikat Kelantan? Di mana Kerajaan Kelantan? Atau TRW hanya sekadar anak buangan yang tidak diperlukan?

Malangnya saya bukan lagi orang politik yang ada kuasa di peringkat pusat. Saya juga bukan orang yang berkuasa di peringkat negeri. Saya bukan ahli korporat yang besar, saya juga bukan hartawan. Saya hanya anak Kelantan yang mahu maruah orang Kelantan dan negeri Kelantan dibela. Biarpun tanpa pangkat dan kuasa, semangat Kelantan saya belum terkubur.

"Kalau aku punya segalanya, nescaya untuk negeriku, aku akan lakukan semua!"

KAFA sudah memohon daripada Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelatan dan beberapa lagi organisasi untuk tampil membantu TRW. Daripada keperluan RM4 juta hingga RM5 juta, saya cuma pohon RM2 juta, dan selebihnya KAFA akan usahakan sendiri.

Bantulah TRW. Andai hendak dikenakan syarat sumbangan meminta saya mengundurkan diri dari persatuan, saya sedia melakukannya, asalkan kemajuan sukan bolasepak Kelantan yang dibina ini mati di tengah jalan.

Kita tahu kita boleh lawan mereka, tapi bagaimana nak berlawan dengan Kedah yang disokong dengan dana RM3 juta oleh kerajaan PAS Kedah, dengan pasukan Selangor yang menerima bantuan RM4 juta dari kerajaan PKR Selangor, dengan pasukan Terengganu yang menerima bantuan RM6 juta daripada kerajaan BN Terengganu, dan lain-lain negeri lagi?

"Kita nak gomo, kita nak lawan, tapi di mana kederat kita? Kepada siapa ambo nak minta, ambo sebagai rakyat Klate untuk pasukan Klate dan penyokong Klate?"


**
Dipetik daripada FB TSAM | 2 Jan 2011
Diolah semula untuk terbitan oelh Amierul

1 ulasan:

  1. kalu pihak kafa buat tabung derma setiap perlawan po molek jugok bena..buleh la kito sedekoh skit2 stakat mampu..bulah la jgk merasa kebangkitan pasukan kito..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2010
Keputusan Pusingan Pertama Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
13 November 2010
Pahang 0-1 Johor - Stadium Darul Makmur.
Kelantan 3-0 Perlis - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.
Perak 1-2 (Nov 14) Terengganu - Stadium Perak, Ipoh.
MASUM 1-3 Kedah - Stadium UiTM, Shah Alam.

Jadual Pusingan Kedua Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
26 November 2010
Johor 1-1 Pahang - Stadium Larkin, Johor Baharu.
Perlis 2-2 Kelantan- Stadium Kangar,Perlis.
,
Terengganu 5-0 Perak - Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu.
Kedah 5-2 MASUM - Stadium Darul Aman, Alor Setar.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan Pertama Piala Emas Raja-Raja 2010
30 November 2010
Selasa
Kelantan 3-0 Terengganu- Stadium Sultan Muhammad ke IV
Johor 1-2 Kedah-Stadium Larkin, Johor Baharu.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan kedua Piala Emas Raja-Raja 2010
6 November 2010
Selasa
Terengganu 0 vs 0 Kelantan- Stdm Sultan Nasarrudin K.Trg.
(kelantan layak dengan agregat 4-0)
Kedah 0 vs 0 Johor-Stadium Darul Aman,Alor Star.
(Kedah layak ke final dengan agregat 2-1)
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
11 December 2010
Sabtu
Kelantan 0 VS 0 Kedah
(Kelantan Menang melalui sepakan penanti 4-3)
std.Sultan Muhammad ke-IV
8.45 malam
SIARAN LANGSUNG DI TRWFM:SILA KLIK..
http://trwfmradio.blogspot.com
http://72.20.10.52:8000/listen.pls