Anda boleh mendapatkan embed radio MY FM di sini, utk diletakkan di blog masing-masing

DIARI TRW


PELANCARAN RED WARRIORS HAPPY SPECIAL PREPAID PACK DAN COLLECTABLES
6 APRIL 2011 l 2 PETANG l KB MALL

MINI KARNIVAL HAPPY DAN PEMILIHAN PELATIH ARMY

SABTU l 9 APRIL 2011 l KOTA BHARU



Jumaat, 31 Disember 2010

Majlis Undian Liga Malaysia (Liga M) 2011



Majlis Undian Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2011 akan berlangsung pada 1 Januari 2011 (Sabtu) ini. Majlis tersebut akan  diadakan di dewan perdana,Majlis Sukan Negara,Bukit Jalil,pada 2.30 petang.

Dalam majlis undian itu nanti  akan melibat undian bagi Piala Liga Super,Liga perdana,Piala FA,Piala FAM dan Piala Presiden.

Liga Super  melibatkan 14 pasukan pasukan yang akan bertanding  iaitu Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor FC, Kedah, Negeri Sembilan, PBDKT T-Team, Pahang, Kuala Lumpur, Perak, Perlis, Felda United, Sabah dan Harimau Muda"A".

Manakala liga premier bagi musim 2011 pula ,12 pasukan yang akan bertanding iaitu Johor, Pulau Pinang, PKNS FC, ATM, Harimau Muda "B". Sarawak, PDRM, Pos Malaysia FC, USM FC, MP Muar, Sime Darby FC dan SDM Kepala Batas.


Liga Malaysia 2011 akan bermula dengan perlawanan pertama Liga Super serta Piala Sumbangsih pada 29 Januari 2011 (Sabtu). Manakala perlawanan pertama Liga Premier pula akan bermula pada 31 Januari 2011 (Isnin). 

Kelantan Juara Piala Malaysia akan bertemu Pasukan Selangor yang menjuarai Liga Super 2010 di Stadium Shah Alam,pada 29 Januari 2011 (Sabtu) sebagai perlawanan pembuka tirai liga M 2011 bagi merebut Piala Sumbangsih


"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK  Ado"

Keputusan Perlawanan Persahabatan

PERLAWANAN PERSAHABATAN PRA MUSIM 2011

KELANTAN (1) LAWAN SIME DARBY (1)

31 DISEMBER | 4PM | PADANG MBPJ



"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK  Ado"

Khamis, 30 Disember 2010

Tan Sri Annuar Kekal Presiden KAFA

MESYUARAT AGONG KONGRES KAFA 2011 yang berlangsung KTC Kota Bharu memutuskan untuk terus memberi kepercayaan kepada Tan Sri Annar Musa sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mengemudikan The Red Warriors.

Tan Sri Annuar sebelum ini,Pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengundur diri daripada membimbing KAFA.Namun kenyataan beliau ini telah menimbulkan kegelisahan dikalangan peminat The Red Warriors yang rata-rata tidak setuju dengan pendirian beliau untuk mengundur diri.

Malahan,Kerajaan Negeri Kelantan juga menasihatkan Tan Sri Annuar Musa untuk terus kekal sebagi Presiden KAFA.

Majlis tersebut yang berlangsung  pada pagi Jumaat  di KTC  turut diwakili oleh Persatuan Bola Sepak Jajahan,Persatuan Bola Sepak Melayu dan Persatuan Bola Sepak Cina Kelantan.

Berikut adalah kabinet baru KAFA bagi musim 2011

PRESIDEN:
§                                 Tan Sri Annuar Musa (menang tanpa bertanding)
TIMBALAN PRESIDEN:
§                                 Datuk Affandi Hamzah
NAIB PRESIDEN:
§                                 Tuan Hj Rosmadi Ismail
§                                 Dato' Ismail Md Nor
§                                 Tuan Hj Othman


"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK  Ado"

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Assalaimualaikum dan salam sejahtera buat semua peminat-peminat sukan amnya dan bola sepak khususnya.Di kesempatan ini,KelantanFC mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua rakan-rakan yang pernah bersua dan juga yang belum bersua.
Alhamdulillah tahun 2010 merupakan tahun yang baik bagi peminat-peminat sukan bola sepak negara dan juga Kelantan.Diperingkat negara kita berjaya memenangi pingat emas di sukan SEA  dan Juara Piala AFF buat julung kalinya.
Di Kelantan sejarah tercipta buat pertama kalinya apabila Pasukan Kelantan berjaya bergelar juara apabila menewaskan N.Sembilan 2-1 dalam aksi final Piala Malaysia di Bukit Jalil.Kelantan juga berjaya membawa pulang kembali Piala Emas Raja-raja di bumi Kelantan.Malah,Kelantan juga merupakan juara sulong Piala Muhibbah Dato Sri Shahidan Kassim yang diadakan di Kota Bharu awal tahun 2010.
KelantanFC percaya,andaikata kita sebagi penyokong ke-12 dapat bersatu dengan lebih erat,insyaAllah sejarah yang akan tercipta di bumi Kelantan pada 2011 lebih hebat dari tahun 2010.
 Ingatlah sukan bola sepak merupakan satu alat yang cukup kuat untuk menyatukan  pelbagai masyarakat yang terdiri daripada  pelbagai latar belakang.Namun kita tidak akan kemana jika bola sepak itu diselubungi dengan kehendak dan berobjektifkan matlamat persendirian
Marilah sama-sama kita menjadikan medan sukan bola sepak ini untuk  memperatkan perpaduan dan kerjasama. Hanya dengan bersatu barulah kita dapat mengumpul kekuatan perkasa demi menempuhi segala rintangan merintis kejuaraan untuk bergelar sang juara sepanjang zaman.

Akhir kata,Selamat menyambut Tahun Baru 2011.

"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK  Ado"

Info:Perlawanan Persahabatan

PERLAWANAN PERSAHABATAN PRA MUSIM 2011


KELANTAN LAWAN SIME DARBY


31 DISEMBER | 4PM | PADANG MBPJ




"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK  Ado"


Rabu, 29 Disember 2010

INFO:MESYUARAT AGONG KONGRES KAFA

MESYUARAT AGONG KONGRES KAFA

31/12/2010(jumaat),9.30 pagi
Objektif: Pemilihan kepimpinan baru KAFA
Tempat:Dewan KTC
Wakil: Persatuan Bolasepak Jajahan, Persatuan Bolasepak Melayu dan Persatuan Bolasepak Cina Kelantan.

"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK  Ado"

PEMILIHAN PEMAIN PIALA PRESIDEN KELANTAN TAHUN 2011

PEMILIHAN PEMAIN PIALA PRESIDEN KELANTAN TAHUN 2011

28HB - 29HB DISEMBER 2010 - PADANG SMK HAMZAH MACHANG 

30HB - 31HB DISEMBER 2010 - PADANG HUSM

 JAM 4 PETANG HINGGA 6 PETANG

(KELAYAKAN : UMUR BWH 21 TAHUN - LAHIR 1HB JAN 1990 & SELEPAS) 

INFO:Latihan Ultras Kelantan

Aksi pertama Ultras Kelantan di MBPJ


8.30mlm,Jumaat (31/12/2010 )
Perkarangan stadium MBPJ
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai boleh hadir untuk sessi latihan ini atau boleh menghubungi: 

iznan :012-3555321
BigE :021-3067879
 Wira Meroh :013-2818121
 Shafiq :017-9822421

Selasa, 28 Disember 2010

TRWC Kembali Beroperasi



Website RASMI KAFA, www.theredwarriors.com telah pun diberikan lampu hijau oleh Tan Sri Anuar Musa untuk kembali beroperasi,dengan penambahbaikkan dan susun atur yang lebih pro dalam penerbitan dan juga protection yang akan diberikan KAFA dalam memastikan web no.1 ini mampu berdaya saing dengan lebih kompetetif.

Sebelum ini,web RASMI KAFA telah diarahkan ditutup sementara waktu Oleh Tan Sri Presiden KAFA ekoran kesilapan berita yang disiarkan pihak pengendali web tersebut sehingga menjadi isu hangat di facebook Tan Sri Presiden KAFA

Ekoran itu,Portal nombor 1 telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak KAFA, pihak Datuk Chan Tien Ghee serta semua penyokong The Red Warriors akan salah faham yang telah diumumkan di website tempoh hari .

Walaupun begitu,sehingga kini,KelantanFC mendapati web tersebut masih belum dapat dibuka.

Sumber:Facebook Dj Big E Trwfm

Isnin, 27 Disember 2010

Live TRWFM: Kelantan vs Harimau Muda

Perlawanan Persahabatan
Kelantan VS Harimau Muda
 jam 8.45 mlm ,27/12/2010
Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya 

Untuk mendengar sila klik 
http://trwfmradio.blogspot.com/

Keputusan Penuh:
KELANTAN 1  VS  HARUMAU MUDA 4



"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK  Ado"

Khamis, 23 Disember 2010

TARIKH-TARIKH PENTING 2011


29 JANUARI 2011
Perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah
Selangor lawan Kelantan
Stadium Shah Alam.


29 JANUARI 2011
Liga Super 2011 bermula.


23 FEBRUARI 2011 & 9 MAC 2011
Pusingan Pertama kelayakan Sukan Olimpik 2012
Harimau Muda A menentang Pakistan


10 FERBRUARI 2011
Saingan Piala Presiden


13 FEBRUARI 2011
Liga FAM bermula.


11 JUN 2011
FINAL Piala FA

7 SEPTEMBER 2011
Piala Malaysia bermula.

29 OKTOBER 2011
FINAL Piala Malaysia.

Sumber:
Sidang akhbar Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT)
23 Disember 2010

Ahad, 19 Disember 2010

Permohonan Maaf dan Makluman Terbuka : The Red Warrriors Dot Com (TRWC)


"Laman Portal Rasmi KAFA, TheRedWarriors.Com memohon maaf kepada pihak KAFA, pihak Datuk Chan Tien Ghee serta semua penyokong The Red Warriors akan salah faham yang telah diumumkan di website beberapa hari lalu.

Perkara ini telah dijelaskan pihak TRWC kepada Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.
Sehubungan dengan itu, pihak TRWC memohon maaf atas segala perkara yang telah dibangkitkan sebelum ini.

Harap Maklum."

Diterbitkan untuk TRWC
19 Disember 2010 | 23.00 hours 

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN:
Blog ini hanya akan di update 
SELEPAS PIALA AFF SUZUKI CUP 2010
di Bukit Jalil.
Harap Maklum


GOMO MALAYSIA GOMO

Jumaat, 17 Disember 2010

Siaran Langsung Piala Suzuki Cup 2010


SIARAN LANGSUNG RTM 1
PIALA AFF SUZUKI CUP 2010
(separuh akhir pusingan ke-2)


VIETNAM VS MALAYSIA
8.45 MALAM,
18HB DISEMBER 2010

"Gomo Malaysia Gomo"

Khamis, 16 Disember 2010

Insentif: Kafa membisu, pemain gelisah

harakahdaily
KOTA BHARU, 16 Dis: Selepas lebih dua minggu kerajaan mengumumkan memberi insentif RM200,000 kepada pemain Red Warriors di atas kejayaan menjulang Piala Malaysia, namun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih membisu.

Sedangkan beberapa pemain meluahkan rasa tidak senang hati di atas tindakan Kafa tersebut.
Antaranya bekas pemain Akmal Rizal Rakhli mendedahkan kepada media, Kafa tidak berpegang kepada janji dan tidak adil dalam pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia.

Ekoran itu beliau dan beberapa pemain lain mengambil keputusan meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja musim Liga Malaysia 2010 berakhir.

Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, sehingga hari ini Kafa belum menghantar sebarang surat jawapan terhadap tawaran insentif kerajaan negeri kepada pemain ekoran kejayaan merangkul Piala Malaysia.

Katanya, kerajaan negeri telah mengumumkan insentif sebanyak RM200,000 diberi kepada pemain yang berjaya menjulang imej Kelantan apabila menggondol piala tersebut.

”Sehingga ke hari ini surat tawaran dari kerajaan yang dihantar kepada pihak pengurusan Kafa tidak dijawab bagi membolehkan satu majlis diadakan untuk memberi insentif kepada pemain.
”Kita memberi peluang untuk mereka menentukan tarikh yang sesuai dan senarai pemain bagi hadir menerima insentif di Kota Darulnaim.

”Namun malangnya sehingga ke hari ini Kafa tidak menghantar sebarang surat jawapan bagi membolehkan pemain yang berusaha keras sebelum ini menerima sedikit saguhati kerajaan negeri,” katanya di sini.

Pada Ramadan lalu kerajaan negeri juga membelanjakan sebanyak RM237,000 membawa seramai 36 pemain dan pengurusan Kafa mengerjakan umrah.

Malah pada musim lepas kerajaan negeri juga melupuskan hutang Kafa sebanyak RM700,000 daripada cukai hiburan yang dikenakan.

Manakala tahun ini cukai hiburan yang sepatutnya dibayar oleh Kafa kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebanyak RM378,341 juga telah dilupuskan.

Bagaimanapun kata Abdul Fattah kesungguhan kerajaan negeri membantu pemain dan Kafa masih dipandang negatif pihak tertentu.



"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK  Ado"

Senarai Pemain Kelantan 2011

Penjaga Gol:

Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Shahrizan Ismail
Judtanna Eh Put

Pertahanan:

S.Subramaniam
Farisham Ismail
Rizal Fahmi Rosid
Daudsu Jamaludin
Zairul Fitree Ishak
Zamri Ramli
Mohamad Abdul Aziz Ismail (Baru)
Wan Rohaimi Wan Ismail (Baru)
Nicholas Chan (Baru)

Tengah:

Mohd Badri Radzi (Kapten)
Shakir Shaari
Khairan Eroza Razali
Wan Zaman Mustapha
Zulyusri Che Harun
S. Chanturu
Solehin Kanasian Abdullah (Baru)
Nurul Azwan Roya (Baru)
Danial Fadly Abdullah (Baru)
Khairan Ezuan Razali (Baru)

Serangan:

Norshahrul Idlan Talaha
Ramzul Zahini Adnan
Nidzad Ayub
Khalid Jamlus (Kontrak Enam Bulan) (Baru)
TRANSFER OUT :
1.Syed Adney LOAN to SABAH
2.Hairudin Omar OUT to Negeri Sembilan
3.Akmal Rizal OUT to Perak
4.Indra Putra Mahyudin OUT to T-Team
5.Azizi Mat Rose OUT to T-Team
6.Norfarhan Muhammad OUT to T-Team

Sabtu, 11 Disember 2010

Kelantan Juara Lagi


Kelantan JUARA lagi..

Kelantan kini telah pun mengumpul 3 piala bola sepak di bumi Kelantan.Piala pertama yang dimenangi Kelantan apabila muncul Johan pertama Piala Muhibbah Dato'Seri Shahidan Kassim pada bulan April 2010 dan muncul Juara Piala Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Kelantan baru-baru ini.

Kini Kelantan muncul pula sebagai juara Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70/2010 apabila menewaskan Kedah melalui penentuan penanti 4-3.

                                      Skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan 2010

Perlawanan Piala Emas Raja-Raja semalam, berlangsung di stadium Sultan  Muhammad ke-IV dihadiri kira-kira 15ribu penyokong berkesudahan tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.

                                                                       Rosairil

Dalam perlawanan tersebut ,Rosairil yang menyarung jersi nombor 5 di nobatkan ssebagai pemain terbaik dan Skuad Kelantan membawa pulang hadiah RM 30 ribu  sebagai JUARA.


"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK  Ado"

Jumaat, 10 Disember 2010

Final Piala Emas Raja-Raja 2010:Tiada Sebab Kelantan Tidak Mampu Bergelar Juara

                                                 Skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan 2010

Atas kertas, Kelantan yang memburu kejuaraan ke-13,boleh dikatakan  antara pasukan paling berjaya dan mempunyai kelebihan berbanding Kedah.

Kelebihan yang pertama sudah pasti veneu perlawanan akhir PUNCAK  Piala Emas Raja-Raja yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke IV iaitu gelanggang keramat skuad  Piala Emas Raja-Raja pasukan Kelantan.Perlawanan ini akan dilangsungkan pada 11hb Disember 2010 (sabtu).

Dalam tempoh 10 tahun, Kelantan telah pun menjulang Piala Emas Raja-Raja sebanyak empat kali iatu pada 2001, 2003, 2006 dan 2008 serta bakal untuk bergelar juara musim ini,bagi merealisasikan impian Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan mencipta rekod kejuaraan buat kali ke-13 bagi esidi ke-70 Piala Emas Raja-Raja tahun ini.

Andai dilihat rekod dipentas final jelas menunjukkan skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan lebih berpengalaman berbanding Skuad Piala Emas Raja-Raja Kedah.Dalam tempoh 10 tahun Kelantan telah pun mara sebanyak 8 kali berbanding pasukan Kedah yang hanya mara sebanyak 4 kali sahaja dalam tempoh yang sama.
Ternyata laluan anak buah Zahasmi Ismail ke pentas akhir amat gah sekali ,apabila  menyaksikan Kelantan tidak pernah tewas, menang kesemua perlawanan sejak dari perlawanan peringkat kumpulan kecuali seri 2-2 ketika perlawanan menentang Perlis pada suku akhir kedua.Malah,Kelantan sebagai tuan rumah kumpulan B  disertai pasukan ATM,Johor dan P.Pinang merupakan juara kumpulan yang berjaya mengumpul mata penuh.

                                              Skuad Piala Emas Raja-Raja Kedah 2010

Walaupun Kedah juga merupakan pasukan yang belum mencatatkan keputusan tewas dalam pertandingan ini,namun dari segi statusnya,Kedah merupakan pasukan yang hanya bergelar Naib Juara  dalam kumpulan C yang disertai oleh Melaka,Selangor dan Perak.

Dari segi kesebelasan pemain utama pula,nyata kedua-dua pasukan tidak menghadapi masalah kecuali pemain sayap  Kedah,Hattaphon Bun Ann yang tidak dapat bermain kerana mendapat dua kad kuning.
Apa pun,Kelantan  seharusnya berhati-hati dengan tentangan Kedah yang pernah menewaskan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir 2005.Perlu diingatkan rekod Kedah lebih cemerlang bermain digelanggang lawan berbanding gelanggang sendiri. kelebihan utama Kedah ialah mampu menyerap sorakan lawan dan tidak menjejaskan rentak pasukannya.
Dari sudut saikologi,kedua-dua pasukan jelas menunjukkan semangat yang membara dan mempunyai sebab tersendiri untu menang.Bagi Kelantan inilah masanya untuk membalas dendam ke atas Kedah yang menewaskan Kelantan dengan jaringan 1 gol di aksi final 2005.Bagi Kedah pula,inilah masanya untuk menebus kekecewaan setelah  tewas dikaki Perlis dalam aksi final tahun lepas.
Walapun ramai peminat beranggapan pertemuan Kelantan-Kedah 11 Disember ini sebagai perlawanan ulangan final 2005.Namun jangkaan penulis,perlawanan kali ini lebih sengit berbanding aksi 2005. Perlawanan esok, yang akan disiarkan secara langsung oleh TRWFM, bermula 8.45 malam .

Ayuh..semua peminat bola sepak..penuhkan stadium Kota Bharu,buktikan Kota Bharu tempat sebenar kemeriahan bola sepak tanpa mengira status piala...



"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK  Ado"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2010
Keputusan Pusingan Pertama Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
13 November 2010
Pahang 0-1 Johor - Stadium Darul Makmur.
Kelantan 3-0 Perlis - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.
Perak 1-2 (Nov 14) Terengganu - Stadium Perak, Ipoh.
MASUM 1-3 Kedah - Stadium UiTM, Shah Alam.

Jadual Pusingan Kedua Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
26 November 2010
Johor 1-1 Pahang - Stadium Larkin, Johor Baharu.
Perlis 2-2 Kelantan- Stadium Kangar,Perlis.
,
Terengganu 5-0 Perak - Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu.
Kedah 5-2 MASUM - Stadium Darul Aman, Alor Setar.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan Pertama Piala Emas Raja-Raja 2010
30 November 2010
Selasa
Kelantan 3-0 Terengganu- Stadium Sultan Muhammad ke IV
Johor 1-2 Kedah-Stadium Larkin, Johor Baharu.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan kedua Piala Emas Raja-Raja 2010
6 November 2010
Selasa
Terengganu 0 vs 0 Kelantan- Stdm Sultan Nasarrudin K.Trg.
(kelantan layak dengan agregat 4-0)
Kedah 0 vs 0 Johor-Stadium Darul Aman,Alor Star.
(Kedah layak ke final dengan agregat 2-1)
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
11 December 2010
Sabtu
Kelantan 0 VS 0 Kedah
(Kelantan Menang melalui sepakan penanti 4-3)
std.Sultan Muhammad ke-IV
8.45 malam
SIARAN LANGSUNG DI TRWFM:SILA KLIK..
http://trwfmradio.blogspot.com
http://72.20.10.52:8000/listen.pls