MESYUARAT AGONG KONGRES KAFA 2011 yang berlangsung KTC Kota Bharu memutuskan untuk terus memberi kepercayaan kepada Tan Sri Annar Musa sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mengemudikan The Red Warriors.
Tan Sri Annuar sebelum ini,Pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengundur diri daripada membimbing KAFA.Namun kenyataan beliau ini telah menimbulkan kegelisahan dikalangan peminat The Red Warriors yang rata-rata tidak setuju dengan pendirian beliau untuk mengundur diri.
Malahan,Kerajaan Negeri Kelantan juga menasihatkan Tan Sri Annuar Musa untuk terus kekal sebagi Presiden KAFA.
Majlis tersebut yang berlangsung pada pagi Jumaat di KTC turut diwakili oleh Persatuan Bola Sepak Jajahan,Persatuan Bola Sepak Melayu dan Persatuan Bola Sepak Cina Kelantan.
Berikut adalah kabinet baru KAFA bagi musim 2011
PRESIDEN:
§ Tan Sri Annuar Musa (menang tanpa bertanding)
TIMBALAN PRESIDEN:
§ Datuk Affandi Hamzah
NAIB PRESIDEN:
§ Tuan Hj Rosmadi Ismail
§ Dato' Ismail Md Nor
§ Tuan Hj Othman
"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK Ado "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan