Anda boleh mendapatkan embed radio MY FM di sini, utk diletakkan di blog masing-masing

DIARI TRW


PELANCARAN RED WARRIORS HAPPY SPECIAL PREPAID PACK DAN COLLECTABLES
6 APRIL 2011 l 2 PETANG l KB MALL

MINI KARNIVAL HAPPY DAN PEMILIHAN PELATIH ARMY

SABTU l 9 APRIL 2011 l KOTA BHARU



Jumaat, 10 Disember 2010

Final Piala Emas Raja-Raja 2010:Tiada Sebab Kelantan Tidak Mampu Bergelar Juara

                                                 Skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan 2010

Atas kertas, Kelantan yang memburu kejuaraan ke-13,boleh dikatakan  antara pasukan paling berjaya dan mempunyai kelebihan berbanding Kedah.

Kelebihan yang pertama sudah pasti veneu perlawanan akhir PUNCAK  Piala Emas Raja-Raja yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke IV iaitu gelanggang keramat skuad  Piala Emas Raja-Raja pasukan Kelantan.Perlawanan ini akan dilangsungkan pada 11hb Disember 2010 (sabtu).

Dalam tempoh 10 tahun, Kelantan telah pun menjulang Piala Emas Raja-Raja sebanyak empat kali iatu pada 2001, 2003, 2006 dan 2008 serta bakal untuk bergelar juara musim ini,bagi merealisasikan impian Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan mencipta rekod kejuaraan buat kali ke-13 bagi esidi ke-70 Piala Emas Raja-Raja tahun ini.

Andai dilihat rekod dipentas final jelas menunjukkan skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan lebih berpengalaman berbanding Skuad Piala Emas Raja-Raja Kedah.Dalam tempoh 10 tahun Kelantan telah pun mara sebanyak 8 kali berbanding pasukan Kedah yang hanya mara sebanyak 4 kali sahaja dalam tempoh yang sama.
Ternyata laluan anak buah Zahasmi Ismail ke pentas akhir amat gah sekali ,apabila  menyaksikan Kelantan tidak pernah tewas, menang kesemua perlawanan sejak dari perlawanan peringkat kumpulan kecuali seri 2-2 ketika perlawanan menentang Perlis pada suku akhir kedua.Malah,Kelantan sebagai tuan rumah kumpulan B  disertai pasukan ATM,Johor dan P.Pinang merupakan juara kumpulan yang berjaya mengumpul mata penuh.

                                              Skuad Piala Emas Raja-Raja Kedah 2010

Walaupun Kedah juga merupakan pasukan yang belum mencatatkan keputusan tewas dalam pertandingan ini,namun dari segi statusnya,Kedah merupakan pasukan yang hanya bergelar Naib Juara  dalam kumpulan C yang disertai oleh Melaka,Selangor dan Perak.

Dari segi kesebelasan pemain utama pula,nyata kedua-dua pasukan tidak menghadapi masalah kecuali pemain sayap  Kedah,Hattaphon Bun Ann yang tidak dapat bermain kerana mendapat dua kad kuning.
Apa pun,Kelantan  seharusnya berhati-hati dengan tentangan Kedah yang pernah menewaskan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir 2005.Perlu diingatkan rekod Kedah lebih cemerlang bermain digelanggang lawan berbanding gelanggang sendiri. kelebihan utama Kedah ialah mampu menyerap sorakan lawan dan tidak menjejaskan rentak pasukannya.
Dari sudut saikologi,kedua-dua pasukan jelas menunjukkan semangat yang membara dan mempunyai sebab tersendiri untu menang.Bagi Kelantan inilah masanya untuk membalas dendam ke atas Kedah yang menewaskan Kelantan dengan jaringan 1 gol di aksi final 2005.Bagi Kedah pula,inilah masanya untuk menebus kekecewaan setelah  tewas dikaki Perlis dalam aksi final tahun lepas.
Walapun ramai peminat beranggapan pertemuan Kelantan-Kedah 11 Disember ini sebagai perlawanan ulangan final 2005.Namun jangkaan penulis,perlawanan kali ini lebih sengit berbanding aksi 2005. Perlawanan esok, yang akan disiarkan secara langsung oleh TRWFM, bermula 8.45 malam .

Ayuh..semua peminat bola sepak..penuhkan stadium Kota Bharu,buktikan Kota Bharu tempat sebenar kemeriahan bola sepak tanpa mengira status piala...



"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK  Ado"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2010
Keputusan Pusingan Pertama Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
13 November 2010
Pahang 0-1 Johor - Stadium Darul Makmur.
Kelantan 3-0 Perlis - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.
Perak 1-2 (Nov 14) Terengganu - Stadium Perak, Ipoh.
MASUM 1-3 Kedah - Stadium UiTM, Shah Alam.

Jadual Pusingan Kedua Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
26 November 2010
Johor 1-1 Pahang - Stadium Larkin, Johor Baharu.
Perlis 2-2 Kelantan- Stadium Kangar,Perlis.
,
Terengganu 5-0 Perak - Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu.
Kedah 5-2 MASUM - Stadium Darul Aman, Alor Setar.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan Pertama Piala Emas Raja-Raja 2010
30 November 2010
Selasa
Kelantan 3-0 Terengganu- Stadium Sultan Muhammad ke IV
Johor 1-2 Kedah-Stadium Larkin, Johor Baharu.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan kedua Piala Emas Raja-Raja 2010
6 November 2010
Selasa
Terengganu 0 vs 0 Kelantan- Stdm Sultan Nasarrudin K.Trg.
(kelantan layak dengan agregat 4-0)
Kedah 0 vs 0 Johor-Stadium Darul Aman,Alor Star.
(Kedah layak ke final dengan agregat 2-1)
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
11 December 2010
Sabtu
Kelantan 0 VS 0 Kedah
(Kelantan Menang melalui sepakan penanti 4-3)
std.Sultan Muhammad ke-IV
8.45 malam
SIARAN LANGSUNG DI TRWFM:SILA KLIK..
http://trwfmradio.blogspot.com
http://72.20.10.52:8000/listen.pls