KelantanFC mengucap selamat menyambut Maal Hijrah 1432 kepada semua pembaca beragama Islam. Maal Hijrah atau Hari Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara.
Semoga Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram tahun ini memberi sinar permulaan yang lebih baik kepada semua.Salam Maal Hijrah.
"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK Ado"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan