Anda boleh mendapatkan embed radio MY FM di sini, utk diletakkan di blog masing-masing

DIARI TRW


PELANCARAN RED WARRIORS HAPPY SPECIAL PREPAID PACK DAN COLLECTABLES
6 APRIL 2011 l 2 PETANG l KB MALL

MINI KARNIVAL HAPPY DAN PEMILIHAN PELATIH ARMY

SABTU l 9 APRIL 2011 l KOTA BHARU



Khamis, 2 Disember 2010

TRWFM dan ASTRO ARENA Terpilih Sebagai Media Rasmi


 
ASTRO Arena dan TRWFM telah dipilih sebagai media rasmi "ASTRO-SAM Media Futsal Challenge 2010" yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia dengan kerjasama pengurus acara Silver Sports (M) Sdn Bhd. Pengarah Urusan TRWFM Noor Erma Faiz Izuan menjelaskan TRWFM terpilih sebagai stesen radio rasmi dan ASTRO Arena terpilih stesen tv rasmi yang akan menyiarkan acara ini secara langsung pada 26 Disember 2010, Ahad (7.00 pagi - 6.00 petang) dari OCM Indoor Sports Arena, Jalan Hang Jebat Kuala Lumpur.



 
Cabaran futsal ini bakal disertai 24 pasukan terdiri daripada wakil media
1. ASTRO Arena A
2. ASTRO Arena B
3. Berita Harian
4. Utusan Malaysia
5. Kosmo
6. Harian Metro
7. Sinar Harian
8. New Straits Times
9. The Star
10. Malay Mail
11. Nanyang Siang pau
12. Sin Chew Jit Poh
13  Makkal Osai
14. Tamil Nesan/Nanban
15. RTM (News & Radio)
16. RTM (Sports)
17. TV3
18. ASTRO AWANI
19. BERNAMA & BERNAMA TV
20. NTV7
21. ESPN Sports Center Malaysia
22. TV9/TV3 Scoreboard
23. ASTRO Supersport
24. Majalah Stadium
 Bagi pengarah urusan TRWFM pemilihan ini sebagai satu pengiktirafan yang sungguh bermakna kepada TRWFM dan seluruh peminat The Red Warriors selepas kejayaan dianugerah " Malaysia Book Of Record". Banyak lagi program dan kerjasama yang dirancang bersama pihak media ini. Saudara Shauki Kahar pengulas sukan terkenal yang juga CEO Silver Sports Sdn Bhd turut kagum dengan pencapaian dan kemajuan TRWFM dan berminat meneruskan berkerjasama untuk program akan datang. Shauki Kahar juga diberikan penerangan operasi TRWFM oleh En Izuan.

Untuk pengetahuan peminat The Red Warriors, TRWFM dan Theredwarriors.com (TRWC) yang bernaung dibawah KAFA diuruskan oleh Red Warriors Media (SA0161705-U) dan akan mendaftarkan keahlian media dibawah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) 8 Disember ini. Red Warriors Media akan maju setapak lagi selepas ini apabila akan melancarkan TRWTV dan Kelab peminatnya secara rasmi tidak lama lagi. Lihasrizad Ismail selaku pengarah urusan Red Warriors Media ketika diminta mengulas tentang projek Red Warriors Media untuk akan datang, beliau hanya mampu mengesahkannya sahaja dan enggan mengulas lanjut sehingga segala yang dirancang dirasmikan. Lihasrizad juga turut berkongsi kejayaan yang dicapai oleh TRWFM melalui pengarah urusan Izuan yang lebih dikenali DJ Big dan DJ-DJ yang lain serta krew yang terlibat.
Tahniah dan Terima Kasih kepada peminat The Red Warriors yang terus memberikan sokongan. Majulah Sukan Untuk Negara.

"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK Ado"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2010
Keputusan Pusingan Pertama Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
13 November 2010
Pahang 0-1 Johor - Stadium Darul Makmur.
Kelantan 3-0 Perlis - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.
Perak 1-2 (Nov 14) Terengganu - Stadium Perak, Ipoh.
MASUM 1-3 Kedah - Stadium UiTM, Shah Alam.

Jadual Pusingan Kedua Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
26 November 2010
Johor 1-1 Pahang - Stadium Larkin, Johor Baharu.
Perlis 2-2 Kelantan- Stadium Kangar,Perlis.
,
Terengganu 5-0 Perak - Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu.
Kedah 5-2 MASUM - Stadium Darul Aman, Alor Setar.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan Pertama Piala Emas Raja-Raja 2010
30 November 2010
Selasa
Kelantan 3-0 Terengganu- Stadium Sultan Muhammad ke IV
Johor 1-2 Kedah-Stadium Larkin, Johor Baharu.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan kedua Piala Emas Raja-Raja 2010
6 November 2010
Selasa
Terengganu 0 vs 0 Kelantan- Stdm Sultan Nasarrudin K.Trg.
(kelantan layak dengan agregat 4-0)
Kedah 0 vs 0 Johor-Stadium Darul Aman,Alor Star.
(Kedah layak ke final dengan agregat 2-1)
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
11 December 2010
Sabtu
Kelantan 0 VS 0 Kedah
(Kelantan Menang melalui sepakan penanti 4-3)
std.Sultan Muhammad ke-IV
8.45 malam
SIARAN LANGSUNG DI TRWFM:SILA KLIK..
http://trwfmradio.blogspot.com
http://72.20.10.52:8000/listen.pls