Skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan mara Ke final apabila menang secara agregat 4 gol tanpa balas.
Semalam Kelantan yang dibarisi oleh ramai pemain yang berpengalaman seperti penjaga gol Mohamad Sharizan Ismail (jersi 1), Rosairil Asrul(jersi 5), Sharudy Azizi(Jersi 6) dan Ramzul Zahini (jersi 25)meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan pasukan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.1-0.
Jaringan Gol oleh Ramzul (jersi 25) di separuh masa pertama minit ke 17,menjadikan kedudukan agregat 4-0 , terus sahaja memadamkan sisa-sisa perjuangan barisan pemain Terengganu yang kebanyakannya dibarisi oleh pemain futsal waktu malam.
Ternyata hasrat Terengganu untuk membawa pulang Piala Emas Raja-Raja tahun ini gagal apabila dihalang oleh pasukan Kelantan,sebaliknya hanya mendapat ”4 biji telur penyu”.
Kelantan akan bertemu Kedah dipentas final yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu,11hb Disember 2010 (sabtu) nanti.
"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK Ado"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan