Anda boleh mendapatkan embed radio MY FM di sini, utk diletakkan di blog masing-masing

DIARI TRW


PELANCARAN RED WARRIORS HAPPY SPECIAL PREPAID PACK DAN COLLECTABLES
6 APRIL 2011 l 2 PETANG l KB MALL

MINI KARNIVAL HAPPY DAN PEMILIHAN PELATIH ARMY

SABTU l 9 APRIL 2011 l KOTA BHARU



Jumaat, 25 Februari 2011

Keputusan Liga Super Pusingan 5

LIGA SUPER
25 FEB 2011 (Jumaat)
Tuan rumahLwnPelawatTempat

K.Lumpur1-2TerengganuSSINS

Kedah1-2KelantanSDA

Khamis, 24 Februari 2011

KEDAH VS KELANTAN: MISI BERBEZA


Adakah Kelantan yang digelar sebagai The Red Warriors mampu mempertahan rekod tanpa kalah dalam aksi Liga Super 2011,dalam pertemuan dengan pasukan Kedah di gelanggang lawan esok?.

Setakat ini,Kelantan selesa dengan mengumpul 10 mata,seri sekali dan menang 3 kali.Manakala Kedah pula yang berada ditangga ke-9 hanya mampu mengumpul 5 mata hasil daripada menang sekali,seri 2 kali dan kalah sekali kepada Sabah.

Agak sukar bagi Kedah untuk memperbaiki kedudukkan carta liga super,andaikata formasi 4-4-1-1 diguna pakai oleh Ketua jurulatih Kedah,Ahmad Yusof  dalam pertemuan dengan Kelantan esok.Formasi ini tidak akan menjamin Kedah untuk mengutip 3 mata,walaupun mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri.

Andaikata formasi tersebut diguna pakai oleh Kedah esok..maknanya Ketua jurulatih Kedah Ahmad tidak melakukan “homework”sebelum perlawanan.Lupakanlah saja,hasrat untuk memadam rekod belum kalah Kelantan di hadapan penyokong setia Kedah esok.

Bayangkan....adakah Ahmad Shakir (NO:12,Penyerang) yang hanya dibantu oleh Badrul (No:7,Foward Centre) mampu memecahkan benteng pertahanan Kelantan yang sangat kental setakat ini.

Namun setakat ini belum dapat dipastikan sama ada Apek(No:19,Penjaga Gol) akan diturunkan dalam pertemuan tersebut .Ini kerana Apek(No:19,Penjaga Gol) baru sahaja lepas  bermain dengan skuad Olimpik Negara semalam.Andaikata Apek(No:19,Penjaga Gol)  tidak diturunkan malam esok,ia merupakan peluang yang baik bagi Kedah mencipta kemenangan dengan Kelantan di gelanggang sendiri. 

Sama-sama kita saksikan esok..ADAKAH KELANTAN MAMPU PERTAHANKAN REKOD KEMENANGAN @ MISI KEDAH UNTUK MEMADAM REKOD KELANTAN terlaksana esok??

"GOMO KELANTAN GOMO.....GOMO BELAKO HOK ADO"

Rabu, 23 Februari 2011

Isu Astro Dan Liga M

Artikel Ini dipetik dari: Facebook Liga Super 2011

Kenapa jangan harapkan Asto buat channel semata2 nak siar Liga Malaysia.. (Oleh F3)

Salam semua. Tengok je tajuk diatas, mesti dah tau admin nak cakap apa kat sini. Berdasarkan puluhan komen yang admin baca. Rata2 mempertikai kenapa Astro tak wujudkan channel baru untuk siar Liga Malaysia. Kenapa perlu RTM jugak yang perlu siar liga Malaysia. Berikut adalah sebab2nya:

1. Astro dah melabur banyak dengan menaja hampir RM83 juta setahun untuk Liga Malaysia.
(Duit yang Astro bagi tu jauhhhh lebih banyak berbanding jumlah yang dibayar penaja2 Liga Malaysia sebelum ini)

2. Nak wujudkan channel baru semata2 nak siar Liga Malaysia tu perlukan kos.
(Seperti yang dinyatakan dalam point no.1 diatas. Takkan Astro perlu keluar duit lagi nak wujudkan channel khas untuk siar Liga Malaysia. Tak relevan, kerana Liga Malaysia masih rendah COMMERCIAL VALUE dia berbanding BPL. Lagipun pelanggan Astro bukan setakat orang Malaysia sahaja. Tapi Astro turut dilanggan oleh penduduk Brunei, Singapore, Thailand, Indonesia dan beberapa negara serantau yang lain. Takkan rakyat negara mereka nak tengok liga kita pulak. BPL, La Liga & beberapa liga utama Eropah yang disiarkan di Astro adalah liga yang sangat2 tinggi COMMERCIAL VALUEnya. Kalau tak, masakan pemain mereka bergaji berjuta2 ringgit seminggu. Lagipun, liga mereka dibarisi pemain bertaraf dunia. Liga kita player import yang pernah ada pun gred B saja. Belum pernah lagi pemain bertaraf dunia main selaku import dalam liga kita. Jadi cadangan supaya Astro wujudkan channel baru untuk siar liga Malaysia. Tak relevan... buat masa ini. Mungkin boleh dipertimbangkan bila Liga kita dah bertaraf antarabangsa suatu hari kelak. Yang pasal Astro wujudkan channel semata2 untuk Premier League tu memang wajar. Mereka dapat pulangan duit berganda2 sebab hampir satu Asean langgan sebab nak tengok liga yang paling popular di dunia. Jadi ia lebih kepada satu pelaburan berbanding pembaziran. Bila ramai yang langgan Astro, maka makin banyak lah duit masuk. Bila makin banyak duit masuk, maka makin banyaklah jumlah penajaan daripada Astro.)

3. Astro dah buat macam2 nak untuk sokong sukan tempatan.
(Cuba kita telitikan, Astro wujudkan Astro Arena untuk siarkan sebanyak mungkin berita2, rancangan2 dan program sukan tanah air. Siap siar liga Hoki kebangsaan lagi. Tapi RTM yang kononya "sukan terbaik hanya di rtm", apa mereka telah lakukan. Program2 berteraskan hiburan banyaklah. Kalau Astro boleh siarkan Liga Hoki yang hanya minoriti orang sahaja tonton, RTM nak siar sukan no 1 dunia pun payah ke? Renung2kanlah.)

4. Jumlah bayaran yang Astro mintak sama saja dengan jumlah tahun2 sebelumni yakni RM6 juta.
(Kalau sebelum ini RTM tiada masalah bayar kepada FAM, kenapa nak bayar kat Astro payah dan banyak bunyi pulak.Tak logik. Kalau Astro naikan jumlah bayaran, agak masuk akal la kalau RTM tarik diri. Tapi ni jumlah sama kot. Sesiapa yang belajar pasal modern money mechanics, dia pasti tau yang nilai duit saban tahun susut. Bukannya kos bahan2 yang meningkat. Jadi, nilai RM6 juta tahun ini adalah lebih rendah daripada tahun lepas.)

5. RTM bukan penaja liga.Sebaliknya cuma perlu jadi penyiar sahaja.
(Ramai yang bising kenapa Astro yang tak siar liga Malaysia semua. Kenapa harap RTM. Cubalah semua faham. Astro tu penaja liga! penaja Liga! Faham? Liga! Jadi bila kita berbicara pasal penaja liga. Astro ada hak untuk tidak menyiar liga tu. Faham. Baik, Admin jelaskan dalam bahasa mudah. Contoh macam Premier League. Cuba tengok penaja rasmi liga mereka. Barclays kan. Barclays ni bank betul tak. Jadi takkan lah Barclays nak pergi siar siaran Liga pulak. Macam UEFA Champions League. Antara penaja rasminya adalah SONY. Sony, syarikat barangan elektronik. Tapi ada Sony pergi buat stesen TV dan channel sendiri untuk siar liga. Tidak! Hak penyiaran dibeli oleh Sky Sports, ITV dan beberapa channel lain. Jadi perlu ke Astro yang mainkan semua peranan. Memang Astro stesen TV, tapi sila rujuk balik point yang diatas dan point di bawah untuk fahami lebih lanjut. Kepada yang faham. Baguslah)

6. Astro sebuah penaja liga yang bagus.
(Ramai yang sedia maklum, Astro adalah penaja rasmi liga Malaysia. Tapi tengoklah namanya.. Masih lagi disebut Liga Super Malaysia dan Liga Perdana Malaysia. Kalau diikutkan, Astro berhak letak nama Liga Super Astro & Liga Perdana Astro. Sama macam kes Barclays jadi penaja Premier league. Kalau dulu mereka sebut EPL - English Premier League, Barclays dah gunakan hak mereka untuk jadikan EPL sebagai Barclays Premier League -BPL. Sama la macam2 liga lain, macam Hyundai A-League(liga Australia) dan npower League 1(Liga divisyen 1 England). Tapi Astro murah hati tak pakai nama tu. Lagi satu, setiap pasukan di dalam Liga Malaysia dapat wang geran FAM hasil duit penajaan dari Astro, Tapi Astro tak kemaruk nak suruh semua team pakai patch Astro kat depan jersi pasukan macam TM dan Dunhill pernah buat. Tahun ni paling meriah dapat tengok penaja berlainan di setiap jersi pasukan antaranya YPK, The Zon, Happy, MBI dll. Tahun2 sebelum ni mana2 team mesti TM kalau liga super, kalau liga premier mesti TM net. Astro tak bolot pun hal ni, jadi kita tak perlu la hentam2 Asto)

7. Ni yang terakhir > Bukan semua rakyat langgan ASTRO.
(Dengar tajuk pun dah boleh faham. Jadi tak perlu la nak explain lagi)

Jadi, semua diatas adalah antara beberapa sebab kenapa kita jangan dok harapkan Astro saja. Kalau RTM claim "sukan terbaik hanya di RTM"... tapi sukan terbaik (Bola Sepak kan sukan terbaik dan no1 di dunia) tu tak ada kat RTM. Tukar la tagline jadi "Hiburan terbaik hanya di RTM".

Sekian.

P/S: Admin tak berniat nak defend Astro. Tapi sekadar nak buka mata beberapa insan yang masih tak nampak kenapa kita tak boleh nak salahkan Astro. Admin cuma nak beri sebab musabab agar kita lebih celik dalam hal ni.

Ahad, 20 Februari 2011

PUSINGAN KEDUA FA CUP 2011




Pusingan Kedua(kalah Mati)
4 Mac2011 (Jumaat)
1N. SembilanvK.Lumpur8.45 mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
2 PKNS FCvPahangStd
3PerakvKL Sime Darby FCStd Perak, Ipoh
4ATMvTerengganuStd MP Selayang
5SelangorvHarimau Muda 'B'8.45 mlm, Std Shah Alam
6Harimau Muda 'A'vJohorStd
7Johor FCvKelantanStd Pasir Gudang
8KL Felda UnitedvKedahStd

*Tidak adil..sepatutnya KELANTAN tuan rumah pusingan kedua.
Sbb pusingan pertama JOHORFC dah main  home dan KELANTAN away.
Bagi laa KELANTAN home Plok.

Sabtu, 19 Februari 2011

KEPUTUSAN PUSINGAN PERTAMA PIALA FA 2011

FA CUP 2011
18 FEB 2011 (Jumaat)

Tuan rumahLwnPelawatTempat
9Harimau Muda "A"4-0Pulau Pinang SDM Navy Std Shah Alam
12 T-Team1-1 (penalti 5-6)KelantanStd Sultan  KT
19 Feb 2011 (Sabtu)
2Selangor PKNS FC5-0Johor MP MuarStd MBPJ
3Pahang2-1SabahStd Darul Makmur, Kuantan
4PDRM1-4PerakStd Tuanku Abdul Rahman, Paroi
5Melaka0-5KL Sime Darby FCStd Hang Tuah, Melaka
6ATM2-0SarawakStd MP Selayang
7Pulau Pinang USM FC1-2TerengganuStd Olahraga USM, Pulau Pinang
8Johor Melodi Jaya FC0-4Harimau Muda 'B'Pdg Kompleks Nusa Mutiara, Kangkar Tebrau
10Pulau Pinang1-5JohorStd Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang
11Johor FC5-0KL SPA FCStd JCorp, Pasir Gudang
13Perlis0-2KL Felda United FCStd Utama Negeri, Kangar
20 Feb 2011 (Ahad)
1Kuala Lumpur3-0KL Pos Malaysia FC4.15 ptg Std MPS Selayang

Jumaat, 18 Februari 2011

KELANTAN NYARIS TERSINGKIR

T-TEAM 1
Indra Putra Mahayuddin (m-61)

KELANTAN 1
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (m-53)

(Kelantan menang menerusi penentuan sepakan penalti 6-5)

Kelantan nyaris disingkir pasukan kedua tercorot Liga Super 2011 T-Team.Perlawanan pusingan pertama kalah mati piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi,berkesudahan dengan keputusan seri sehingga ke masa tambahan 1-1.

Namun,nasib menyebelahi  pasukan Kelantan apabila menang melalui penentuan sepakan penalti 6-5.Sepakan terakhir Norfadzly Alias yang melambung tinggi dari paras palang gol membawa Kelantan ke pusingan kedua saingan piala FA 2011.

Sepatutnya Kelantan tidak perlu menunggu kemenangan melalui sepakkan penalti,andaikata  Norsharul Idlan Talaha menyempurnakan sepakkan penalti diminit-minit akhir separuh masa kedua,apabila pemain Kelantan dijatuhkan dalam kotak penalti gol T-Team.

Sebelum itu,T-team nyata ingin menjadikan Kelantan sebagai mangsa pertama kebangkitannya.Awal-awal lagi ,T-Team mencemaskan penyokong Kelantan apabila sepakan percuma Indra putra nyaris menghasilkan gol pada minit pertama.

Malah,boleh dikatakan pasukan T-team yang menguasai hampir keseluruhan permainan apabila kerap melakukan serangan ke gawang gol Kelantan.Cuma nasib yang tidak menyebelahi pasukan T-Team untuk mara ke pusingan seterusnya.


"GOMO KELATE GOMO..GOMO BELAKO HOK ADO"






Rabu, 16 Februari 2011

Kelantan Mangsa Pertama T-Team??

Kosmo online hari ini melaporkan ketua jurulatih T-Team Yunus Alif Mahu menjadikan Kelantan sebagai mangsa pertama kepada kebangkitan anak buahnya apabila dua pasukan kontroversi itu bertemu pada aksi awal Piala FA esok di stadium Sultan Ismail Nassaruddin Syah Terengganu.

Walaupun hanya mengutip  1 mata daripada empat perlawanan dan menduduki tangga kedua tercorot berbanding Kelantan yang berada di puncak carta liga dalam aksi piala Liga Super,T-Team mempunyai sebab tersendiri untuk menamatkan perjuangan skuad kendalian Dato M.K  dalam saingan piala FA  2011.

Keletihan akibat terlalu kerap bermain di gelanggang lawan merupakan punca utama kekalahan 3 kali berturut-turut  pasukan  T-Team.Menurut Yunus Alif ,kecergasan pemainya juga terjejas apabila perlu bertandang ke gelanggang lawan dalam tempoh yang singkat.

Kali ini,T-Team tiada lagi alasan penat bermain di gelanggang lawan terlalu kerap.

Ini kerana,esok T-Team akan bermain di gelanggang sendiri buat pertama kalinya pada musim ini.

Dan KELANTAN ADALAH MANGSA PERTAMA untuk di tewaskan T-Team??

Selasa, 15 Februari 2011

Sumbangan Untuk TRWFM


TRWFM memohon maaf diatas kualiti siaran yang masih lagi tidak memuaskan kerana itu sahaja yang mampu diberikan pihak TRWFM dengan peruntukan yang terhad yang ditanggung sendiri oleh TRWFM selaku pengendali pihak ketiga tanpa peruntukan mana-mana pihak. Untuk makluman, siaran radio TRWFM ini terhad kepada 500 pendengar sahaja dan kami telah mengadakan kerjasama dengan pengendali web yang lain seperti Gegar FM dan Red Vision tetapi masih tidak mampu menampung jumlah pelawat yang dicatat lebih 3000 orang pada sabtu lalu.

Kami berharap ada pihak untuk tampil menyumbangkan sumbangan dengan TRWFM, kami akan memberi ruang iklan sama ada di web atau melalui siaran radio kami. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi Izad 0133129880 atau Wan Mohd Sanusi 0139959726 untuk maklumat lanjut. Atau sesiapa yang berminat boleh menyumbang mengikut keikhlasan kepada akaun RED WARRIORS MEDIA 562834610602 (Maybank), InsyaAllah kami akan pastikan setiap sumbangan digunakan untuk menaik taraf kualiti perkhidmatan kami dan sumbangan anda juga digunakan untuk kemudahan siaran anak-anak Kelantan yang lain juga.

Keputusan Liga Super Pusingan 4



Keputusan 15/4/2011 (selasa)
1Terengganu2-3SelangorStd MBPJ
2Kuala Lumpur0-2KelantanSSMIV
3Sabah0-1Johor FCStd Likas
4Kedah0-0PerakStd Darul Aman
5N. Sembilan0-1 Felda United FCStd Tuanku Abdul Rahman
6Pahang1-0Terengganu PBDKT T-TeamStd Darul Makmur
7Harimau Muda 'A'1-1PerlisStd Shah Alam

Ahad, 13 Februari 2011

Sairozi Daud Meninggal Dunia

Allahyarham Sairozi Daud

Bekas pemain Kelantan, Sairozi Daud 33 tahun lebih dikenali sebagai Abe yang  disahkan menghidap penyakit barah tengkuk sejak Februari tahun lalu,  meninggal dunia kira-kira 10.00 pagi tadi di hospital Pakar Perdana Kota Bharu.

Allahyarham  antara pemain yang membantu pasukan Kelantan muncul juara  Piala FAM 2005.

Penderitaan penyakit barah yang dihadapi Allahyarham pernah didedahkan oleh akhbar-akhbar perdana, awal Disember tahun lalu dan mendapat perhatian beberapa pihak termasuk Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK), Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) dan Skuad Sayang Wanita UMNO Pasir Mas dan Machang.

KelantanFc mengucapkan takziah buat keluarga allahyarham sairozi daud.Al - fatihah ,Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.Amin.

Sumber:Fb TSAM

KelantanFC Berwajah Baru

         Banner KelantanFC 20092009 - 140211..... 

Banner terbaru KelantanFC ....Terima Kasih Saudara Anas..Good Job (Y)

Sabtu, 12 Februari 2011

Kelantan Menang

 
Dato M.K tersenyum lebar apabila skuad bimbingannya,membelasah Johor FC 4-1 dalam perlawanan ketiga Liga Super yang berlangsung di stadium Sultan Muhammed IV,Kota Bharu malam tadi.

Dengan kemenangan tersebut sekali gus meletakkan pasukan Kelantan sebagai peneraju Carta Liga menggantikan N.Sembilan yang kalah tanpa dijangka oleh pasukan Perak 2-0.

Walaupun 55% perlawanan tersebut dikuasai oleh pasukan Kelantan yang melakukan serangan bertubi-tubi,namun ibarat ‘Pohon Rendang yang tidak berbuah” apabila gagal menghasilkan sebarang gol.

Sebaliknya pasukan pelawat terlebih dahulu menerjah masuk ke gawang penjaga gol terbaik Malaysia ,apek pada minit ke 25.Gol tersebut hasil sepakan deras yang meleret dan menyerong oleh Mohd Riduwan Ma’on dari luar kotak penalti.

Kegembiraan pasukan Johor FC nyata tidak bertahan lama apabila pemain The Red Warriors membalas gol awal pasukan pelawat dengan jaringan balas yang berganda-ganda-ganda.

Azwan Roya (no:12,Tengah) menghasilkan jaringan penyamaan pada minit 29,diikuti jaringan ihsan(gol sendiri) pemain pelawat pada minit 50.Kemudian Idlan Talaha (no:9,penyerang) pada minit 72.Tidak ketinggalan juga pemain gantian Mohd Nizab ayup(no.7,penyerang) yang menggantikan Solihin (no.10,Tengah) berjaya menjaringkan gol ke-4 Kelantan pada minit ke-77.

Kelantan akan bertemu Kuala Lumpur selasa ini,di Kota Bharu sebagai pelawat.


 "Gomo Kelate Gomo..Gomo Belako Hok Ado"

Jumaat, 11 Februari 2011

Kelantan vs Johor FC :Live Update Dari SSMIV

Gambar dibawah ialah suasana di sekitar karnival Mini The Red Warriors yg diadakan di perkarangan stadium Sultan Muhammad ke4..

9.30 pgi perlawanan antara KELANTAN menentang JOHOR FC

9.30 pagi

9.30 pagi:Suasana di tapak Mini karnival TRW masih lagi lengang

pakak beratur beli tiket sejurus kaunter dibukak... around 11.00 pgi.. bgi menyaksiakn perlawanan antara kelantan menentang johor fc
uikhh apo nii xdan apo2 hbis dohh. kah kah kahh
orang ramai berpusu2 datang mai melawat geraii.. 

dj sebetulnya bersama piala malaysia.. (sori la ayat xsedak ore lain etek) kakakakaa

melihat pameran2 yg diadakan.. 
suasano ore rama. ke keh keh... pukol 11.30 pgi
trwfm berkonti disini... tpi insyaALLAH bawok live pete ni dale apo koba pok2 kito. keh keh keh
tgok mule2 so pialaa.. pah tmboh2.. skg ader 2 piala dos.. sumbngseh n piala malaysiaa...
tiket masih boleh didapati...  penjualan tiket agak slow.. 
kapoo ultras kb diintervui oleh dj trwfm..
dimana2 berchant. hahahahhaa
3.15:Dj Nadwa bersama UKTRM

TAMAT UPDATE LIVE DARI SSMIV.KREW AKAN MASUK STADIUM UTK PERSEDIAAN LIVE TRWFM.TERIMA KASIH.

Khamis, 10 Februari 2011

TRWFM BERSIARAN DI MINI KARNIVAL THE RED WARRIORS


Radio Online Rasmi Persatuan Bola Sepak Kelantan (TRWFM) akan bersiaran di
Mini Karnival The Red Warriors,pada sabtu ini.Konti TRWFM yang terletak di khemah utama KAFA akan mula bersiaran pada jam 10 pagi hinggalah 7 petang.

Pada waktu malam pula,TRWFM akan membuat siaran langsung perlawanan  Kelantan melawan Johor FC.

Karnival tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)  di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV,turut menghimpunkan kesemua penaja-penaja pasukan The Red Warriors.

KAFA juga turut membuka kaunter Kad Keahlian bagi memberi peluang peminat pasukan Kelantan menjadi ahli TRW.

Lain-lain acara di tapak Karnival ialah jualan murah produk Warriors,jualan peserta Karnival,kuiz,peminat bertuah dan persembahan hiburan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2010
Keputusan Pusingan Pertama Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
13 November 2010
Pahang 0-1 Johor - Stadium Darul Makmur.
Kelantan 3-0 Perlis - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.
Perak 1-2 (Nov 14) Terengganu - Stadium Perak, Ipoh.
MASUM 1-3 Kedah - Stadium UiTM, Shah Alam.

Jadual Pusingan Kedua Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
26 November 2010
Johor 1-1 Pahang - Stadium Larkin, Johor Baharu.
Perlis 2-2 Kelantan- Stadium Kangar,Perlis.
,
Terengganu 5-0 Perak - Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu.
Kedah 5-2 MASUM - Stadium Darul Aman, Alor Setar.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan Pertama Piala Emas Raja-Raja 2010
30 November 2010
Selasa
Kelantan 3-0 Terengganu- Stadium Sultan Muhammad ke IV
Johor 1-2 Kedah-Stadium Larkin, Johor Baharu.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan kedua Piala Emas Raja-Raja 2010
6 November 2010
Selasa
Terengganu 0 vs 0 Kelantan- Stdm Sultan Nasarrudin K.Trg.
(kelantan layak dengan agregat 4-0)
Kedah 0 vs 0 Johor-Stadium Darul Aman,Alor Star.
(Kedah layak ke final dengan agregat 2-1)
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
11 December 2010
Sabtu
Kelantan 0 VS 0 Kedah
(Kelantan Menang melalui sepakan penanti 4-3)
std.Sultan Muhammad ke-IV
8.45 malam
SIARAN LANGSUNG DI TRWFM:SILA KLIK..
http://trwfmradio.blogspot.com
http://72.20.10.52:8000/listen.pls