Anda boleh mendapatkan embed radio MY FM di sini, utk diletakkan di blog masing-masing

DIARI TRW


PELANCARAN RED WARRIORS HAPPY SPECIAL PREPAID PACK DAN COLLECTABLES
6 APRIL 2011 l 2 PETANG l KB MALL

MINI KARNIVAL HAPPY DAN PEMILIHAN PELATIH ARMY

SABTU l 9 APRIL 2011 l KOTA BHARU



Rabu, 23 Februari 2011

Isu Astro Dan Liga M

Artikel Ini dipetik dari: Facebook Liga Super 2011

Kenapa jangan harapkan Asto buat channel semata2 nak siar Liga Malaysia.. (Oleh F3)

Salam semua. Tengok je tajuk diatas, mesti dah tau admin nak cakap apa kat sini. Berdasarkan puluhan komen yang admin baca. Rata2 mempertikai kenapa Astro tak wujudkan channel baru untuk siar Liga Malaysia. Kenapa perlu RTM jugak yang perlu siar liga Malaysia. Berikut adalah sebab2nya:

1. Astro dah melabur banyak dengan menaja hampir RM83 juta setahun untuk Liga Malaysia.
(Duit yang Astro bagi tu jauhhhh lebih banyak berbanding jumlah yang dibayar penaja2 Liga Malaysia sebelum ini)

2. Nak wujudkan channel baru semata2 nak siar Liga Malaysia tu perlukan kos.
(Seperti yang dinyatakan dalam point no.1 diatas. Takkan Astro perlu keluar duit lagi nak wujudkan channel khas untuk siar Liga Malaysia. Tak relevan, kerana Liga Malaysia masih rendah COMMERCIAL VALUE dia berbanding BPL. Lagipun pelanggan Astro bukan setakat orang Malaysia sahaja. Tapi Astro turut dilanggan oleh penduduk Brunei, Singapore, Thailand, Indonesia dan beberapa negara serantau yang lain. Takkan rakyat negara mereka nak tengok liga kita pulak. BPL, La Liga & beberapa liga utama Eropah yang disiarkan di Astro adalah liga yang sangat2 tinggi COMMERCIAL VALUEnya. Kalau tak, masakan pemain mereka bergaji berjuta2 ringgit seminggu. Lagipun, liga mereka dibarisi pemain bertaraf dunia. Liga kita player import yang pernah ada pun gred B saja. Belum pernah lagi pemain bertaraf dunia main selaku import dalam liga kita. Jadi cadangan supaya Astro wujudkan channel baru untuk siar liga Malaysia. Tak relevan... buat masa ini. Mungkin boleh dipertimbangkan bila Liga kita dah bertaraf antarabangsa suatu hari kelak. Yang pasal Astro wujudkan channel semata2 untuk Premier League tu memang wajar. Mereka dapat pulangan duit berganda2 sebab hampir satu Asean langgan sebab nak tengok liga yang paling popular di dunia. Jadi ia lebih kepada satu pelaburan berbanding pembaziran. Bila ramai yang langgan Astro, maka makin banyak lah duit masuk. Bila makin banyak duit masuk, maka makin banyaklah jumlah penajaan daripada Astro.)

3. Astro dah buat macam2 nak untuk sokong sukan tempatan.
(Cuba kita telitikan, Astro wujudkan Astro Arena untuk siarkan sebanyak mungkin berita2, rancangan2 dan program sukan tanah air. Siap siar liga Hoki kebangsaan lagi. Tapi RTM yang kononya "sukan terbaik hanya di rtm", apa mereka telah lakukan. Program2 berteraskan hiburan banyaklah. Kalau Astro boleh siarkan Liga Hoki yang hanya minoriti orang sahaja tonton, RTM nak siar sukan no 1 dunia pun payah ke? Renung2kanlah.)

4. Jumlah bayaran yang Astro mintak sama saja dengan jumlah tahun2 sebelumni yakni RM6 juta.
(Kalau sebelum ini RTM tiada masalah bayar kepada FAM, kenapa nak bayar kat Astro payah dan banyak bunyi pulak.Tak logik. Kalau Astro naikan jumlah bayaran, agak masuk akal la kalau RTM tarik diri. Tapi ni jumlah sama kot. Sesiapa yang belajar pasal modern money mechanics, dia pasti tau yang nilai duit saban tahun susut. Bukannya kos bahan2 yang meningkat. Jadi, nilai RM6 juta tahun ini adalah lebih rendah daripada tahun lepas.)

5. RTM bukan penaja liga.Sebaliknya cuma perlu jadi penyiar sahaja.
(Ramai yang bising kenapa Astro yang tak siar liga Malaysia semua. Kenapa harap RTM. Cubalah semua faham. Astro tu penaja liga! penaja Liga! Faham? Liga! Jadi bila kita berbicara pasal penaja liga. Astro ada hak untuk tidak menyiar liga tu. Faham. Baik, Admin jelaskan dalam bahasa mudah. Contoh macam Premier League. Cuba tengok penaja rasmi liga mereka. Barclays kan. Barclays ni bank betul tak. Jadi takkan lah Barclays nak pergi siar siaran Liga pulak. Macam UEFA Champions League. Antara penaja rasminya adalah SONY. Sony, syarikat barangan elektronik. Tapi ada Sony pergi buat stesen TV dan channel sendiri untuk siar liga. Tidak! Hak penyiaran dibeli oleh Sky Sports, ITV dan beberapa channel lain. Jadi perlu ke Astro yang mainkan semua peranan. Memang Astro stesen TV, tapi sila rujuk balik point yang diatas dan point di bawah untuk fahami lebih lanjut. Kepada yang faham. Baguslah)

6. Astro sebuah penaja liga yang bagus.
(Ramai yang sedia maklum, Astro adalah penaja rasmi liga Malaysia. Tapi tengoklah namanya.. Masih lagi disebut Liga Super Malaysia dan Liga Perdana Malaysia. Kalau diikutkan, Astro berhak letak nama Liga Super Astro & Liga Perdana Astro. Sama macam kes Barclays jadi penaja Premier league. Kalau dulu mereka sebut EPL - English Premier League, Barclays dah gunakan hak mereka untuk jadikan EPL sebagai Barclays Premier League -BPL. Sama la macam2 liga lain, macam Hyundai A-League(liga Australia) dan npower League 1(Liga divisyen 1 England). Tapi Astro murah hati tak pakai nama tu. Lagi satu, setiap pasukan di dalam Liga Malaysia dapat wang geran FAM hasil duit penajaan dari Astro, Tapi Astro tak kemaruk nak suruh semua team pakai patch Astro kat depan jersi pasukan macam TM dan Dunhill pernah buat. Tahun ni paling meriah dapat tengok penaja berlainan di setiap jersi pasukan antaranya YPK, The Zon, Happy, MBI dll. Tahun2 sebelum ni mana2 team mesti TM kalau liga super, kalau liga premier mesti TM net. Astro tak bolot pun hal ni, jadi kita tak perlu la hentam2 Asto)

7. Ni yang terakhir > Bukan semua rakyat langgan ASTRO.
(Dengar tajuk pun dah boleh faham. Jadi tak perlu la nak explain lagi)

Jadi, semua diatas adalah antara beberapa sebab kenapa kita jangan dok harapkan Astro saja. Kalau RTM claim "sukan terbaik hanya di RTM"... tapi sukan terbaik (Bola Sepak kan sukan terbaik dan no1 di dunia) tu tak ada kat RTM. Tukar la tagline jadi "Hiburan terbaik hanya di RTM".

Sekian.

P/S: Admin tak berniat nak defend Astro. Tapi sekadar nak buka mata beberapa insan yang masih tak nampak kenapa kita tak boleh nak salahkan Astro. Admin cuma nak beri sebab musabab agar kita lebih celik dalam hal ni.

1 ulasan:

  1. explanation yg bagus dan terang.. sejak awal musim bila astro amik alih liga super,saya dah rasa rtm takkan berpeluang menyiar bola secara langsung(kecuali kalau ada game melibatkan pasukan malaysia) sebab rtm dikehendaki membayar hak siaran kepada astro klu nak buat siaran live tiap2 minggu.. apapun,siaran live hanyalah sekadar untuk mendapat keselesaan dirumah kerana kepuasan menonton sebenar hanya bila anda di stadium..

    care_zal..
    ipoh mali..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2010
Keputusan Pusingan Pertama Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
13 November 2010
Pahang 0-1 Johor - Stadium Darul Makmur.
Kelantan 3-0 Perlis - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.
Perak 1-2 (Nov 14) Terengganu - Stadium Perak, Ipoh.
MASUM 1-3 Kedah - Stadium UiTM, Shah Alam.

Jadual Pusingan Kedua Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
26 November 2010
Johor 1-1 Pahang - Stadium Larkin, Johor Baharu.
Perlis 2-2 Kelantan- Stadium Kangar,Perlis.
,
Terengganu 5-0 Perak - Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu.
Kedah 5-2 MASUM - Stadium Darul Aman, Alor Setar.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan Pertama Piala Emas Raja-Raja 2010
30 November 2010
Selasa
Kelantan 3-0 Terengganu- Stadium Sultan Muhammad ke IV
Johor 1-2 Kedah-Stadium Larkin, Johor Baharu.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan kedua Piala Emas Raja-Raja 2010
6 November 2010
Selasa
Terengganu 0 vs 0 Kelantan- Stdm Sultan Nasarrudin K.Trg.
(kelantan layak dengan agregat 4-0)
Kedah 0 vs 0 Johor-Stadium Darul Aman,Alor Star.
(Kedah layak ke final dengan agregat 2-1)
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
11 December 2010
Sabtu
Kelantan 0 VS 0 Kedah
(Kelantan Menang melalui sepakan penanti 4-3)
std.Sultan Muhammad ke-IV
8.45 malam
SIARAN LANGSUNG DI TRWFM:SILA KLIK..
http://trwfmradio.blogspot.com
http://72.20.10.52:8000/listen.pls