Anda boleh mendapatkan embed radio MY FM di sini, utk diletakkan di blog masing-masing

DIARI TRW


PELANCARAN RED WARRIORS HAPPY SPECIAL PREPAID PACK DAN COLLECTABLES
6 APRIL 2011 l 2 PETANG l KB MALL

MINI KARNIVAL HAPPY DAN PEMILIHAN PELATIH ARMY

SABTU l 9 APRIL 2011 l KOTA BHARU



Khamis, 10 Februari 2011

KELEBIHAN PADA KELANTAN


Johor FC akan menjadi lawan ketiga Kelantan dalam saingan Liga Super pada perlawanan yang dijadualkan sabtu ini, di Stadium Sultan Mohamed ke IV.

Pertemuan antara Johor FC dan Kelantan bukanlah perlawanan yang dinanti-nantikan peminat The Red Warrior berbanding pertemuan dengan T-Team pada 18 Febuari nanti,dalam aksi piala FA Cup.Sebab itulah kurangnya berita tentang pasukan Kelantan dimedia utama menjelang perlawanan tersebut.Perlawanan tersebut boleh diistilahkan sebagai perlawanan yang gagal menarik perhatian media utama negara ini.

Ini kerana ramai yang beranggapan perlawanan tersebut bakal dimenangi dengan mudah oleh pasukan yang baru dibimbing Dato M.Karathu.Lihat saja dari segi kedudukkan carta Liga Super 2010.Johor FC berada ditangga ke-11 berbanding Kelantan yang berada ditangga kedua selepas N.Sembilan yang mengungguli carta Liga Super.

Malah,dua perlawanan sebelum ini menyaksikan Kelantan menang sekali dengan Selangor 1-0 di Shah Alam dan seri dengan Terengganu 1-1 di laman sendiri.Manakala Johor FC pula seri 0-0 dengan Felda FC pada perlawanan pertama dan tewas kepada Perak 1-0 di tempat lawan.

Rekod Johor FC apabila bertandang Ke Kota Bharu sejak beberapa tahun kebelakangan ini,jelas memihak kepada pasukan Kelantan.Apatah lagi kini,bekas anak buah B.Sahtianathan sedang meniti zaman kebangkitan.

Liga Super 2010: Johor FC 1-3 Kelantan
Liga Super 2010: Kelantan 4-1 Johor FC
Liga Super 2009: Kelantan 1-2 Johor FC
Liga Super 2009: Johor FC 2-1 Kelantan

Fakta Analisis:
1. Kelantan memenangi kedua - dua perlawanan (home & away) pada tahun 2010.
2. Manakala Johor FC pula memenangi kedua - dua perlawanan pada 2009.
3. Kesemua perlawanan membabitkan kedua2 pasukan ini berakhir dengan jaringan.

Harus diingat, Kemenangan 2-1 Johor FC pada 2009 bukan diKota Bahru tapi di Bukit Jalil kerana pergantungan Stadium Sultan Muhamad ke IV. Dalam perlawanan tersebut Kelantan terlebih dahulu mengjaringkan gol pada minit 23 melalui Nizab Ayub(No.7:Penyerang).Namun 2 gol jaringan pemain Johor FC Azhan Baba pada minit 38 dan 58 menghampakan Kelantan untuk menang pada malam itu.Andaikata perlawanan tersebut berlangsung di Kota Bahru pastinya Johor FC pulang ke Pasir Gudang dengan “tangan kosong”.

Bermain di tempat sendiri terlalu banyak bezanya.Kelebihan pasti dimiliki tuan rumah.Bayangkan Johor FC bukan sahaja berhadapan dengan 11 pemain Kelantan tetapi juga berhadapan dengan ribuan” pemain ke-12” yang bersemangat tinggi.

Andaikata Johor FC bermain seperti di Perak tempoh hari di Kota Bahru,senang cakap 2,3 gol pasti terhasil.
Dalam keadaan anak didik Azuan Zain masih lagi mencari-cari keserasian bermain dengan corak 3-5-2,pastinya memudahkan barisan pemain Kelantan mengawal permainan.

KelantanFC beranggapan,posisi 3-5-2 yang cuba diterapkan oleh Azuan Zain bukalah satu formula yang baik untuk bertemu dengan Kelantan sabtu ini.Namun,ia formula yang bagus bagi mengelak Johor FC dari dibelasah teruk oleh pasukan Kelantan.

Tunggu dan lihat sabtu ini.Kelantan pasti menang.InsyaAllah.

'GOMO KELATE GOMO..GOMO BELAKO HOK ADO"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2010
Keputusan Pusingan Pertama Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
13 November 2010
Pahang 0-1 Johor - Stadium Darul Makmur.
Kelantan 3-0 Perlis - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.
Perak 1-2 (Nov 14) Terengganu - Stadium Perak, Ipoh.
MASUM 1-3 Kedah - Stadium UiTM, Shah Alam.

Jadual Pusingan Kedua Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
26 November 2010
Johor 1-1 Pahang - Stadium Larkin, Johor Baharu.
Perlis 2-2 Kelantan- Stadium Kangar,Perlis.
,
Terengganu 5-0 Perak - Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu.
Kedah 5-2 MASUM - Stadium Darul Aman, Alor Setar.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan Pertama Piala Emas Raja-Raja 2010
30 November 2010
Selasa
Kelantan 3-0 Terengganu- Stadium Sultan Muhammad ke IV
Johor 1-2 Kedah-Stadium Larkin, Johor Baharu.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan kedua Piala Emas Raja-Raja 2010
6 November 2010
Selasa
Terengganu 0 vs 0 Kelantan- Stdm Sultan Nasarrudin K.Trg.
(kelantan layak dengan agregat 4-0)
Kedah 0 vs 0 Johor-Stadium Darul Aman,Alor Star.
(Kedah layak ke final dengan agregat 2-1)
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
11 December 2010
Sabtu
Kelantan 0 VS 0 Kedah
(Kelantan Menang melalui sepakan penanti 4-3)
std.Sultan Muhammad ke-IV
8.45 malam
SIARAN LANGSUNG DI TRWFM:SILA KLIK..
http://trwfmradio.blogspot.com
http://72.20.10.52:8000/listen.pls