Adakah Kelantan yang digelar sebagai The Red Warriors mampu mempertahan rekod tanpa kalah dalam aksi Liga Super 2011,dalam pertemuan dengan pasukan Kedah di gelanggang lawan esok?.
Setakat ini,Kelantan selesa dengan mengumpul 10 mata,seri sekali dan menang 3 kali.Manakala Kedah pula yang berada ditangga ke-9 hanya mampu mengumpul 5 mata hasil daripada menang sekali,seri 2 kali dan kalah sekali kepada Sabah.
Agak sukar bagi Kedah untuk memperbaiki kedudukkan carta liga super,andaikata formasi 4-4-1-1 diguna pakai oleh Ketua jurulatih Kedah,Ahmad Yusof dalam pertemuan dengan Kelantan esok.Formasi ini tidak akan menjamin Kedah untuk mengutip 3 mata,walaupun mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri.
Andaikata formasi tersebut diguna pakai oleh Kedah esok..maknanya Ketua jurulatih Kedah Ahmad tidak melakukan “homework”sebelum perlawanan.Lupakanlah saja,hasrat untuk memadam rekod belum kalah Kelantan di hadapan penyokong setia Kedah esok.
Bayangkan....adakah Ahmad Shakir (NO:12,Penyerang) yang hanya dibantu oleh Badrul (No:7,Foward Centre) mampu memecahkan benteng pertahanan Kelantan yang sangat kental setakat ini.
Namun setakat ini belum dapat dipastikan sama ada Apek(No:19,Penjaga Gol) akan diturunkan dalam pertemuan tersebut .Ini kerana Apek(No:19,Penjaga Gol) baru sahaja lepas bermain dengan skuad Olimpik Negara semalam.Andaikata Apek(No:19,Penjaga Gol) tidak diturunkan malam esok,ia merupakan peluang yang baik bagi Kedah mencipta kemenangan dengan Kelantan di gelanggang sendiri.
Sama-sama kita saksikan esok..ADAKAH KELANTAN MAMPU PERTAHANKAN REKOD KEMENANGAN @ MISI KEDAH UNTUK MEMADAM REKOD KELANTAN terlaksana esok??
"GOMO KELANTAN GOMO.....GOMO BELAKO HOK ADO"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan