TRWFM memohon maaf diatas kualiti siaran yang masih lagi tidak memuaskan kerana itu sahaja yang mampu diberikan pihak TRWFM dengan peruntukan yang terhad yang ditanggung sendiri oleh TRWFM selaku pengendali pihak ketiga tanpa peruntukan mana-mana pihak. Untuk makluman, siaran radio TRWFM ini terhad kepada 500 pendengar sahaja dan kami telah mengadakan kerjasama dengan pengendali web yang lain seperti Gegar FM dan Red Vision tetapi masih tidak mampu menampung jumlah pelawat yang dicatat lebih 3000 orang pada sabtu lalu.
Kami berharap ada pihak untuk tampil menyumbangkan sumbangan dengan TRWFM, kami akan memberi ruang iklan sama ada di web atau melalui siaran radio kami. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi Izad 0133129880 atau Wan Mohd Sanusi 0139959726 untuk maklumat lanjut. Atau sesiapa yang berminat boleh menyumbang mengikut keikhlasan kepada akaun RED WARRIORS MEDIA 562834610602 (Maybank), InsyaAllah kami akan pastikan setiap sumbangan digunakan untuk menaik taraf kualiti perkhidmatan kami dan sumbangan anda juga digunakan untuk kemudahan siaran anak-anak Kelantan yang lain juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan