T-TEAM 1
Indra Putra Mahayuddin (m-61)
KELANTAN 1
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (m-53)
(Kelantan menang menerusi penentuan sepakan penalti 6-5)
Kelantan nyaris disingkir pasukan kedua tercorot Liga Super 2011 T-Team.Perlawanan pusingan pertama kalah mati piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi,berkesudahan dengan keputusan seri sehingga ke masa tambahan 1-1.
Namun,nasib menyebelahi pasukan Kelantan apabila menang melalui penentuan sepakan penalti 6-5.Sepakan terakhir Norfadzly Alias yang melambung tinggi dari paras palang gol membawa Kelantan ke pusingan kedua saingan piala FA 2011.
Sepatutnya Kelantan tidak perlu menunggu kemenangan melalui sepakkan penalti,andaikata Norsharul Idlan Talaha menyempurnakan sepakkan penalti diminit-minit akhir separuh masa kedua,apabila pemain Kelantan dijatuhkan dalam kotak penalti gol T-Team.
Sebelum itu,T-team nyata ingin menjadikan Kelantan sebagai mangsa pertama kebangkitannya.Awal-awal lagi ,T-Team mencemaskan penyokong Kelantan apabila sepakan percuma Indra putra nyaris menghasilkan gol pada minit pertama.
Malah,boleh dikatakan pasukan T-team yang menguasai hampir keseluruhan permainan apabila kerap melakukan serangan ke gawang gol Kelantan.Cuma nasib yang tidak menyebelahi pasukan T-Team untuk mara ke pusingan seterusnya.
"GOMO KELATE GOMO..GOMO BELAKO HOK ADO"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan