Pihak KAFA melalui portal rasmi http://www.theredwarriors.com/ memohon maaf diatas kelewatan jersi yang ditempah oleh peminat TRW melalui web.Pihak KAFA mendakwa kelewatan tersebut disebabkan pihak pengilang belum menghantar jersi tersebut kepada pihaknya.
Berdasarkan janji KAFA kepada penempah,jersi tersebut akan dihantar kepada pelanggan pada 29hb Januari 2010 iaitu hari perlawanan Kelantan menentang Selangor dalam aksi Piala Sultan Ahmad Syah.
Sebelum ini,blog KelantanFC membangkitkan isu kelewatan jersi yang ditempah dengan tajuk "KAFA LIPAK". Dimana KelantanFC mendakwa sebanyak RM80 ribu duit peminat yang menempah jersi dengan pihak KAFA tersimpan di akaun KAFA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan