Jurulatih Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA),B.Satianathan berkata tindakan pemain yang melanggar kontrak dan memilih pasukan lain di saat-saat akhir menyebabkan perancangan yang dibuat oleh pihak pengurusan KAFA menjadi kucar kacir.
Respon beliau ini dipercayai ekoran khabar angin yang mengatakan Farhan(penyerang),Indra (penyerang) dan Aziz Mat Rose(pertahanan) telah menerima tawaran pasukan lain dan kini masih belum menyertai latihan bersama beliau yang telah pun bermula kira-kira minggu lalu.
Katanya lagi,3 bulan sebelum Liga-M tamat,pihak pengurusan telah pun menghantar surat tawaran kepada semua pemain kecuali Akhmal Rizal dan Hairuddin Omar.Dikala itu,pihak pengurusan menganggap semua pemain bersetuju untuk terus kekal bersama Skuad Kelantan untuk musim 2011 kerana tidak seorang pun pemain yang menolak tawaran (kontrak) itu.
“kalau (kita) tahu,awal-awal lagi sudah cari striker yang bermutu”katanya dalam satu temubual dengan radio TRWFM yang disiarkan tengahari tadi.
Beliau juga turut mengakui,agak sukar untuk mempertahankan Piala Malaysia pada musim depan, akibat kehilangan tonggak utama skuad bimbingannya.
"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK Ado"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan