Wan Rohaimi ketika beraksi untuk Johor FC
Anak jati Kelantan Wan Rohaimi Wan Ismail (34) yang dilahirkan Pintu Geng ,Kota Bharu mengakui peranan penyokong ke-12 (penyokong) mampu membangkitkan semangat pemain untuk beraksi lebih cemerlang.
“memey saya setuju…kalu stadium tu “fullhouse”tiap-tiap game memey sedap beraksi dan semangat pon lebih..”katanya sewaktu ditemubual di radio TRWFM yang disiarkan secara langsung malam tadi.
Beliau yang sebelum ini, pernah beraksi dengan Kelantan , Pahang , Terengganu , Selangor , Public Bank , Pulau Pinang dan yang terakhir bersama Johor FC akan menyertai Skuad “The Red Warrior” bagi musim 2011.Kali terakhir beliau bersama Kelantan ialah pada tahun 1998 dibawah jurulatih Crotia iaitu Milan Duricic.
Kemungkinan besar beliau akan diletakkan di posisi “centre back” bagi mengisi kekosongan yang di tinggalkan Azizi Mat Ros.
Sewaktu mengakhiri temubual di TRWFM beliau berpesan supaya penyokong Kelantan teruskanlah memberi sokongan kepada pasukan Kelantan,kerana beliau percaya tiada sokongan penyokong yang sebegini hebat dinegeri lain.
"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK Ado"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan