Assalaimualaikum dan salam sejahtera buat semua peminat-peminat sukan amnya dan bola sepak khususnya.Di kesempatan ini,KelantanFC mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua rakan-rakan yang pernah bersua dan juga yang belum bersua.
Alhamdulillah tahun 2010 merupakan tahun yang baik bagi peminat-peminat sukan bola sepak negara dan juga Kelantan.Diperingkat negara kita berjaya memenangi pingat emas di sukan SEA dan Juara Piala AFF buat julung kalinya.
Di Kelantan sejarah tercipta buat pertama kalinya apabila Pasukan Kelantan berjaya bergelar juara apabila menewaskan N.Sembilan 2-1 dalam aksi final Piala Malaysia di Bukit Jalil.Kelantan juga berjaya membawa pulang kembali Piala Emas Raja-raja di bumi Kelantan.Malah,Kelantan juga merupakan juara sulong Piala Muhibbah Dato Sri Shahidan Kassim yang diadakan di Kota Bharu awal tahun 2010.
KelantanFC percaya,andaikata kita sebagi penyokong ke-12 dapat bersatu dengan lebih erat,insyaAllah sejarah yang akan tercipta di bumi Kelantan pada 2011 lebih hebat dari tahun 2010.
Ingatlah sukan bola sepak merupakan satu alat yang cukup kuat untuk menyatukan pelbagai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.Namun kita tidak akan kemana jika bola sepak itu diselubungi dengan kehendak dan berobjektifkan matlamat persendirian
Marilah sama-sama kita menjadikan medan sukan bola sepak ini untuk memperatkan perpaduan dan kerjasama. Hanya dengan bersatu barulah kita dapat mengumpul kekuatan perkasa demi menempuhi segala rintangan merintis kejuaraan untuk bergelar sang juara sepanjang zaman.
Akhir kata,Selamat menyambut Tahun Baru 2011.
"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK Ado "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan