by Amierul Sham on Thursday, January 6, 2011 at 12:10am
JAWATANKUASA majlis telah memilih untuk mengadakan keraian tersebut di ruang legar utama kompleks membelibelah KB Mall di Kota Bharu. Perincian majlis adalah seperti berikut:
MAJLIS MEMPERKENALKAN PEMAIN PASUKAN KELANTAN, JERSI BARU THE RED WARRIORS, PENAJA DAN KEAHLIAN TRWC UNTUK MUSIM 2011 | 3 Safar 1432MTarikh : 7 Januari 2011 Masa : Jam 3.00 petangTempat : Ruang Legar Utama (Concourse), Kompleks Membelibelah KB Mall, Kota Bharu
Majlis tersebut akan dilangsungkan dengan penuh adat tradisional negeri Kelantan dan bakal dihadiri sama tetamu kehormat YBhg. Datuk Chan Tien Ghee yang merupakan Presiden Kelab Bolasepak Cardiff City FC. Datuk Chan dikenali dengan panggilan TG di kalangan pemain dan peminat pasukan "Bluebirds", Cardiff City FC.
Hadirin akan diperkenalkan dengan barisan pemain TRW bersama jersi baru untuk musim 2011. Beberapa aktiviti sampingan turut diadakan bagi memeriahkan acara berkenaan:
Pameran Piala Malaysia, Piala Emas Raja-Raja dan Piala AFF Suzuki- Ketiga-tiga piala ini akan dipertontonkan kepada umum semasa majlis berkenaan.
Pendaftaran Keahlian Kelab TRW- Memperkenalkan tiga katergori keahlian yang bernilai RM120, RM300 dan RM3,000, yang boleh dilanggan Separuh Musim dan Sepenuh Musim.
- Keahlian Kelab TRW ini menjamin ahli mendapatkan tiket perlawanan dengan lebih mudah melalui kaedah pembelian atas talian dan juga melalui kaunter khas. Keahlian ini juga membolehkan potongan-potongan harga ke atas barangan keluaran TRW, makan minum di The Red Warriors Station dan tempat-tempat lain yang akan diumumkan kemudian.
- Kad keahlian TRW yang menggunakan teknologi microchip juga akan merekodkan aktiviti pembelian ahli yang akan diberi mata ganjaran, hadiah-hadiah tahunan dan pelbagai keistimewaan lain, berrgantung kepada terma dan syarat yang dinyatakan.
- Kaunter khas pendaftaran Ahli Kelab TRW akan dibuka pada majlis berkenaan.
- Pendaftaran ahli secara atas talian (online) akan mula dibuka pada 10 Januari 2011, melalui laman rasmi TRW.
Jersi Baru Pasukan TRW- Jersi pasukan akan diperkenalkan ketika majlis berkenaan.
- Walau bagaimanapun, keluaran terhad jersi-jersi ini hanya akan mula diedar untuk jualan menjelang perlawanan Piala Sumbangsih, untuk membolehkan logo-logo penaja dimuktamadkan untuk cetakan di atas jersi.
- Jersi-jersi keluaran terhad ini boleh ditempah dahulu, dan keutamaan serta harga potongan istimewa akan diberikan kepada mereka yang ada Keahlian Kelab TRW.
- Penjualan atas talian (online purchase) dijangka akan diterima mulai 15 Januari 2011, melalui laman web rasmi TRW.
- Penjualan menerusi kaunter, di UMBRO Kota Bharu dan The Red Warriors Station@KTC akan bermula pada 25 Januari.
Penerangan-penerangan lanjut tentang keahlian TRW dan juga jualan jersi edisi terhad ini boleh didapati daripada kaunter khusus yang disediakan ketika majlis tersebut.
Sumber:Facebook TSAM 5 Jan 2011
MAJLIS MEMPERKENALKAN PEMAIN PASUKAN KELANTAN, JERSI BARU THE RED WARRIORS, PENAJA DAN KEAHLIAN TRWC UNTUK MUSIM 2011 | 3 Safar 1432M
Tarikh : 7 Januari 2011
Masa : Jam 3.00 petang
Tempat : Ruang Legar Utama (Concourse), Kompleks Membelibelah KB Mall, Kota Bharu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan