KELANA JAYA - Astro bakal menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bernilai RM120 juta bermula dari tahun 2011 hingga 2014 sebagai rakan media,lapor web Arena.my petang tadi.
Berita gembira itu diumumkan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco FAM di wisma badan induk itu.
Menurut Tengku Abdullah, dengan perjanjian itu FAM akan memperolehi RM30 juta menerusi Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL).
Perjanjian tersebut tidak hanya merangkumi perlawanan dalam Liga Super dan Liga Perdana, malah Piala Malaysia, Piala FA, Piala Presiden, Piala FAM dan Piala Sumbangsih.
Turut hadir sama dalam majlis berkenaan Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Anuar Musa menjelaskan Astro berjaya memenangi hak itu kerana pada asasnya menawarkan jumlah yang lebih tinggi berbanding pembida-bida lain, secara tidak langsung membantu kewangan FAM.
Bagaimanapun pesaing televisyen yang lain masih dapat menyiarkan liputan mengenai perlawanan Liga Malaysia (Liga M) dan mereka perlu berbincang dengan Astro.

P/s:Adakah RTM tidak lagi dapat menyiarkan siaran Langsung Liga M?..Moga-moga masyarakat kampung yang tidak berkemampuan melanggan Astro masih lagi dapat menyaksikan Liga M 2011...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan