Anda boleh mendapatkan embed radio MY FM di sini, utk diletakkan di blog masing-masing

DIARI TRW


PELANCARAN RED WARRIORS HAPPY SPECIAL PREPAID PACK DAN COLLECTABLES
6 APRIL 2011 l 2 PETANG l KB MALL

MINI KARNIVAL HAPPY DAN PEMILIHAN PELATIH ARMY

SABTU l 9 APRIL 2011 l KOTA BHARU



Khamis, 6 Januari 2011

ISU 3 TRIO:KAFA Dapat Pampasan Dari T-Team???

“Kontroversi” melibatkan 3 bekas pemain Kelantan NorFarhan Mohamad,Indra Putra  dan Azizi Mat Rose yang berhijrah ke T-Team tahun ini juga telah selesai,kata pengurus pasukan T-Team Mat Rozi lapor  Bernama di portal badan berita tersebut.

Tindakkan ketiga-tiga bekas pemain Kelantan ini,keluar dari senarai pemain Kelantan ,di saat-saat akhir pendaftaran pemain Liga M bagi musim 2011 telah menimbulkan kemarahan Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Tan Sri Annuar Musa juga melalui laman facebooknya,mempertikaikan kesahihan ketiga-tiga permain tersebut untuk menyertai pasukan T-team.Malah beliau juga berkata akan mengambil tindakan tegas untuk mengheret ketiga-tiga pemain tersebut ke jawatankuasa status FAM dan tidak teragak-agak untuk membawa pasukan T-Team dan pemain tersebut ke mahkamah.

Kini ramai peminat-peminat The Red Warrior tertanya-tanya tentang isu “3 trio” yang kini , tidak lagi menjadi isu panas di facebook-facebook penyokong pasukan Kelantan yang di tengelamkan oleh isu-isu kegagalan kerajaan Negeri Kelantan  membantu pasukan The Red Warrior  di Facebook  Presiden KAFA ,sehingga menimbulkan bibit-bibit perpecahan dikalangan penyokong yang menganggap tindakan Presiden Kafa sebagai cubaan memburukkan (berpolitik) Kerajaan Kelantan,walaupun telah di nafikan oleh Tan Sri Presiden KAFA.

Malah,penyokong-penyokong The Red Warrior juga seakan-akan mempertikaikan janji Tan Sri Presiden KAFA untuk telus dan penyokong “berhak tahu” tentang apa yang berlaku.

Ini kerana dipihak T-Team telah pun membuat kenyataan isu 3 trio telah selesai ,namun carian penulis di Facebook Tan Sri Presiden tiada post dari beliau yang menyebut tentang isu ini telah selesai.

Keadaan ini sudah tentu akan menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan penyokong pasukan Kelantan.Antaranya,benarkah isu ini telah selesai?,jika benar telah selesai ,dipihak manakah yang benar????...dan bagaimana cara penyelesaianya??,

Kini penyokong juga,mungkin boleh membuat andaian yang KAFA telah menerima bayaran pampasan dari T-Team tetapi sengaja didiamkan dari pengetahuan penyokong..Benarkah begitu??.

Penulis berharap tidak benar.

Petikan Dari FaceBook TSAM:
Tan Sri Annuar Musa: Sy tak kesal Indra/Farhan/azizi nak kemana.. Gaji mereka dah kita tawar Tinggi..Indra(19k)Farhan(16k)Azizi(12k).Dan sebulan bonus tak termasuk bonus piala Msia..YG. SY KESAL HINGGA KINI TIADA MAKLUMAN KPD KAFA HITAM PUTIH..DAN KAFA TAK SEMPAT CARI PEMAIN GANTI..INI BERUPA SABOTAJ PERSIAPAN KITA DAN TRW TERJEJAS TERUK DR SEGI PERSIAPAN TEAM

Tan Sri Annuar Musa:Sd MZI...jgn salah tafsir...peraturan dlm kontrak kata 3 bulan sblum tamat Kelab mesti Buat tawaran..PEMAIN boleh tolak dlm tempoh 30 hari..jika tak tolak maka kontrak bersambung...kafa telah Buat tawaran PD 1 sept kpd 20/25 PEMAIN...tak seorang pun tolak..Dan kita cari pemain baru utk ganti 5 shj....isunya bila musim tamat baru nak keluar team...mana Kota nak cari ganti?dan mereka ada kontrak 2 tahun lg....atau mereka kena byr utk pindah...

Tan Sri Annuar Musa:KAFA SERAHKAN ISU 'TRIO' KPD JK STATUS FAM YG DI PENGERUSI DATO TAKIYUDIN..KITA DAH MAKLUM PD SEMUA TEAM KEDUDUKAN PEMAIN..SY JUGA DAH BERITAU YB ROZI MAMAT EXCO TGANU/T TEAM...sekiranya pasukan Dan PEMAIN nak langgar juga Kita serah pd undang2..FAM/MAHKAMAH MENENTUKAN..


Berita berkaitan:
Anda Berhak Tahu:Susunan Semula dari Fb TSAM

"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK  Ado"

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2010
Keputusan Pusingan Pertama Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
13 November 2010
Pahang 0-1 Johor - Stadium Darul Makmur.
Kelantan 3-0 Perlis - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.
Perak 1-2 (Nov 14) Terengganu - Stadium Perak, Ipoh.
MASUM 1-3 Kedah - Stadium UiTM, Shah Alam.

Jadual Pusingan Kedua Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
26 November 2010
Johor 1-1 Pahang - Stadium Larkin, Johor Baharu.
Perlis 2-2 Kelantan- Stadium Kangar,Perlis.
,
Terengganu 5-0 Perak - Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu.
Kedah 5-2 MASUM - Stadium Darul Aman, Alor Setar.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan Pertama Piala Emas Raja-Raja 2010
30 November 2010
Selasa
Kelantan 3-0 Terengganu- Stadium Sultan Muhammad ke IV
Johor 1-2 Kedah-Stadium Larkin, Johor Baharu.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan kedua Piala Emas Raja-Raja 2010
6 November 2010
Selasa
Terengganu 0 vs 0 Kelantan- Stdm Sultan Nasarrudin K.Trg.
(kelantan layak dengan agregat 4-0)
Kedah 0 vs 0 Johor-Stadium Darul Aman,Alor Star.
(Kedah layak ke final dengan agregat 2-1)
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
11 December 2010
Sabtu
Kelantan 0 VS 0 Kedah
(Kelantan Menang melalui sepakan penanti 4-3)
std.Sultan Muhammad ke-IV
8.45 malam
SIARAN LANGSUNG DI TRWFM:SILA KLIK..
http://trwfmradio.blogspot.com
http://72.20.10.52:8000/listen.pls