Anda boleh mendapatkan embed radio MY FM di sini, utk diletakkan di blog masing-masing

DIARI TRW


PELANCARAN RED WARRIORS HAPPY SPECIAL PREPAID PACK DAN COLLECTABLES
6 APRIL 2011 l 2 PETANG l KB MALL

MINI KARNIVAL HAPPY DAN PEMILIHAN PELATIH ARMY

SABTU l 9 APRIL 2011 l KOTA BHARU



Isnin, 24 Januari 2011

Sathia Letak Jawatan:FAM Sabotaj Pasukan Kelantan???



By:KelantanFC

Jurulatih Kelantan,B.Sathianathan menolak khabar angin  bahawa beliau telah meletak jawatan sebagai jurulatih Kelantan berkuatkuasa serta merta selepas Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuanya untuk digantung tugas selama enam bulan kerana melemparkan kritikan terhadap FAM mengenai jadual perlawanan yang diaturkan oleh FAM,lapor BERNAMA.COM di portalnya hari ini pada jam 2.51 petang tadi.

Namun pada jam 3.01 minit petang tadi UTUSAN ONLINE melaporkan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta selepas Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hukuman gantung enam bulan terhadap bekas jurulatih kebangsaan itu.(kemaskini:Carian berita ini oleh penulis di Utusan Online pada jam 6.21 petang telah pun tiada di laman tersebut.Mungkin ditarikbalik )

Sebelum ini,B.Sathianathan didapati bersalah oleh Jawantankuasa FAM.Namun FAM menangguhkan hukuman tersebut bagi memberi peluang kepada beliau membimbing  pasukan Kelantan yang berjaya mara keperingkat akhir Piala Malaysia 2010.

Tindakan FAM menangguhkan hukuman tersebut melegakan penyokong Kelantan yang rata-rata berang dan menganggap tindakkan FAM mengambil tindakkan displin terhadap jurulatih The Red Warriors disaat akhir menghadapi Piala Malaysia sebagai tindakan sabotaj oleh FAM terhadap pasukan Kelantan. 

Episod kali ini juga hampir sama,apabila tinggal  beberapa hari lagi untuk Kelantan  bertemu Selangor  di Stadium Shah Alam dalam aksi merebut Piala Sultan Ahmad Syah.Ini merupakan kali pertama Kelantan akan beraksi dalam piala tersebut sejak diperkenalkan pada tahun 1985.

Persoalannya,adakah tindakkan FAM kali ini, yang membuat keputusan untuk meneruskan hukuman B.Sathianathan disaat-saat beberapa hari lagi,menjelang pertemuan pasukan Kelantan dengan selangor dalam Piala Sultan Ahmad Syah sebagai satu tindakkan sabotaj oleh FAM???

"GOMO KELATE GOMO....GOMO BELAKO HOK ADO"

9 ulasan:

  1. Ahmad Iznan :kawe tahu dohlah bakpo sek dio anjok pialo sumbangsih dari 15hb januari ke 29hb januari....sebab tarikh kuatkuaso hukuman abe ya bermulo pado 23hb januari....bijok, bijok....bako penyamun memey bijok!!! <<<ni kawe petik dari FB TRW malaysia

    BalasPadam
  2. ERM..Mcm2 la..pah so.so...pahni pemain pakat ltk jwtn blako..hohohoh

    BalasPadam
  3. tarik anjak tuuu bukan sebab hukuman tapi sebab sponsor....tm abis 26 haribulan...kalu guna 15 hb kena saman laaa

    BalasPadam
  4. ambo pon nk ltak jawatan lah.. sbg seorang pnganggur..kah3

    BalasPadam
  5. setuju dgn tanpa nama anjak tarikh sbb penaja dan ini kebetulan

    BalasPadam
  6. FAM meme deki sokmo dgn kelate..xabih2 natam puok2 dlm FAM tuh...

    BalasPadam
  7. x abih 2 nak jatuh kelate .lepas tu pulak nak dekat dengan piala sumbasih doh.benda besar tu pun kena gantung 6 bulan.FAM x adil langsung nga kelate ni .........

    BalasPadam
  8. Apakah FAM ni tali barut selangor ataupun mmg ada perselisihan iantara individu..yg pastinya Team Klate yg menerima tempiasnya..Dimana keadilan?Dihukum angkara menjawab soalan cepu emas wartawan yg mgkin sengaja utk menjerat Sathya ataupun kenyataan yg diberikan oleh sathya itu sememngnya menyentak batu P***r seseorang..

    BalasPadam
  9. BUAT JER IKLAN BESAR-BSEAR KAT STDM UTK PERINGATAN WARTAWAM"WARTAWAN TIDAK DIBENARKAN TEMUBUAL JURULATIH-ARAHAN TETAP FAM"

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2010
Keputusan Pusingan Pertama Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
13 November 2010
Pahang 0-1 Johor - Stadium Darul Makmur.
Kelantan 3-0 Perlis - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.
Perak 1-2 (Nov 14) Terengganu - Stadium Perak, Ipoh.
MASUM 1-3 Kedah - Stadium UiTM, Shah Alam.

Jadual Pusingan Kedua Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
26 November 2010
Johor 1-1 Pahang - Stadium Larkin, Johor Baharu.
Perlis 2-2 Kelantan- Stadium Kangar,Perlis.
,
Terengganu 5-0 Perak - Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu.
Kedah 5-2 MASUM - Stadium Darul Aman, Alor Setar.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan Pertama Piala Emas Raja-Raja 2010
30 November 2010
Selasa
Kelantan 3-0 Terengganu- Stadium Sultan Muhammad ke IV
Johor 1-2 Kedah-Stadium Larkin, Johor Baharu.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan kedua Piala Emas Raja-Raja 2010
6 November 2010
Selasa
Terengganu 0 vs 0 Kelantan- Stdm Sultan Nasarrudin K.Trg.
(kelantan layak dengan agregat 4-0)
Kedah 0 vs 0 Johor-Stadium Darul Aman,Alor Star.
(Kedah layak ke final dengan agregat 2-1)
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
11 December 2010
Sabtu
Kelantan 0 VS 0 Kedah
(Kelantan Menang melalui sepakan penanti 4-3)
std.Sultan Muhammad ke-IV
8.45 malam
SIARAN LANGSUNG DI TRWFM:SILA KLIK..
http://trwfmradio.blogspot.com
http://72.20.10.52:8000/listen.pls