By:http://trwfmradio.blogspot.com/
(credit TRWFM)
TRW.FM mengucapkan tahniah kepada B. Sathianathan yang akan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Bolasepak AlHamra Red Warrriors Kelantan (KARFA) mulai 1 Februari 2011.
Akademi TRW juga akan memperlihatkan pembabitan aktif rakan utama TRW, happy dan AlHamra, yang akan turut sama di dalam perancangan dan aktiviti-aktiviti pembangunan bolasepak negeri Kelantan.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, juga telah melantik Sathia sebagai Penasihat Teknikal dan Pembangunan kepada Presiden KAFA. Dengan perlantikan ini, Sathia dilihat akan terus memberi khidmat dan sumbangan kepada pasukan The Red Warriors, walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan Ketua Jurulatih akibat penggantungan yang dikenakan oleh FAM.
Sementara itu, KAFA masih belum lagi menamakan Ketua Jurulatih baru yang akan mengambil tempat yang dikosongkan oleh Sathia. Walau bagaimanapun, beberapa nama telah dicadangkan untuk diberi perhatian di dalam mesyuarat pengurusan yang berlangsung malam tadi.
Menurut Tan Sri Annuar Musa, jawatan tersebut akan dipangku sementara oleh Hashim Mustapha. KAFA akan memohon pengecualian peraturan FAM berkenaan lesen jurulatih, sehingga jurulatih Lesen A yang sesuai diambil untuk menggantikan tempat Sathia.

Tan Sri Annuar memaklumkan perkara ini selepas menghadiri Majlis Penyampaian Cek Kepada Pemain-Pemain TRW sempena kejayaan menjadi juara Piala Malaysia musim lalu oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan sebentar tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan