“Giloww..Kelate..nyos behe Pelda 3-0..”itulah kata-kata yang pertama KelantanFC terdengar apabila keluar dari stadium selepas tamatnya membuat liputan siaran langsung untuk radio TRWFM bagi perlawanan Piala FA 2011,pusingan kedua di Kota Bharu semalam.
Penonton yang hadir ke Stadium semalam nyata menunjukkan riak wajah puas dengan aksi perlawanan semalam.Ceria dan tersenyum lebar,walaupun terdapat beberapa keputusan pengadil yang tidak menyenangkan penyokong-penyokong wira merah.
Laungan serentak “reff gilow” beberapa kali ,dikalangan penyokong dan “gomo kelate gomo” yang bergema seluruh pelusuk stadium Kota Bharu menjadikan suasana perlawanan hangat dan meriah.
Malah,bunyi mercun yang menyambut gol-gol yang dijaringkan pemain Kelantan juga menjadikan penonton yang hadir ke stadium merasa tidak puas berada dalam stadium.Terasa bagaikan pesta pula.Memang seronok.
Walaupun tidak banyak mercun yang berdentum..ini mengingat KelantanFC sewaktu zaman Mostapa Mahmuda (ejaan nama salah,harap maaf)...betapa meriah dan terujanya melihat suasana bunyi mercun yang berdentum disetiap pelusuk penonton dan dalam tempoh yang panjang.Asap mercun berkepul-kepul memenuhi ruang stadium.
Keseronokkan dan kepuasan membuatkan penyokong yang hadir ingin sekali lagi ke stadium.Tapi sayang...mercun itu..salah dan berbahaya.
Mungkin juga ada yang berkata...”dop nyesal aku beli tiket terbuka 30 yal dengan ulat”.
"Gomo Kelate Gomo..Gomo Belako Hok ado"
ngaper ler masih ada lagi yg main mercun...dah dilarang dok main lagi...ini ler, disebabkan segelintir yg otak letak kat lutut, bahana kene kat penyokong2 kelantan sendiri...
BalasPadammungkin kena fikirkan sesuatu utk kemeriahan..cthnya..pihak KAFA yg uruskan bunga api (bunga api seperti sambut merdeka) atau lakukan seperti "disini kawasan merokok" dan "ini kawasan larangan merokok".dengan syarat mengikut peraturan dan undang2.
BalasPadamsambungan setiap kali kelantan menjaringkan gol
BalasPadam