Pasukan N.Sembilan yang ingin dikenali sebagai REAL MADRID MALAYSIA tewas di Stadium Sultan Muhammad ke IV 3-0 kepada pasukan Kelantan dalam aksi Liga Super semalam.
N.Sembilan yang dibarisi pemain-pemain ternama seperti ZAMANI MISBAH,AIDIL ZAFUAN,KUNALAN,ZAQUAN ADHA,FAKRI SHAARANI DAN SYUKUR ADAM SERTA HAIRUDDIN OMAR nyata tidak dapat menandingi kehebatan pasukan Kelantan musim ini.
Kemenangan Kelantan keatas pasukan REAL MADRID MALAYSIA mengukuhkan lagi,kedudukkan selaku pendahulu liga.Kelantan kini mengumpul 14 mata menjarakkan pencabar utama pasukan Perak yang hanya mampu seri 1-1 dengan pasukan Harimau Muda di halaman sendiri semalam.
Dalam pada itu,hampir 8000 ribu penyokong setia The Red Warrios tidak dapat memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut kerana kehabisan tiket.Rata-rata mereka yang tidak dapat memasuki stadium melahirkan kekecewaan kerana tiada pihak yang sudi memasang skrin besar di luar stadium.
Kelantan akan bertemu pasukan Johor Fc pada jumaat ini,dalam aksi Piala FA pusingan kedua di Stadium Jcorp.
"GOMO KELATE GOMO......GOMO BELAKO HOK ADO"
steady puok kito..nop copy leh dop.hehe..
BalasPadamhttp://menarikpunyaqlate.blogspot.com/
silakann utk next time..ambik jer aper2 yg ader dale blog ni..TIDAK PERLU MINTA KEBENARAN,TIDAK PERLU BERI KREDIT DLL.MALAH KELANTANFC MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KPD SESIAPA YG MENYEBARKAN APER YG ADER DALAM BLOG NI...TERIMA KASIH
BalasPadam